Hello Merpaties! Welcome to my simple blog. Do follow and keep update with merpati putih. Thankyou my love :D #for nice review open with google chome.

REVIEW : MAVELLOUS TRUE DETOX



ASSALAMUALAIKUM
hello guys. cepat tak kali ni cikyah update post baru? huhuh cepatkan? okay, lets thanks to my tnet yang sudi beri kerjasama and ohya, tak lupa juga kepada Mr. laptop yang sanggup menahan diri daripada terus lelap sebab battery yang tak berapa nak ada.

okay guys, how was you day? harap semuanya baik lah ye. kalau tak baik pun, buat buat baik sudah laa. okay okay cikyah taknak bebel kosong kali ni. actually, tujuan cikyah update hari ni sebab cikyah nak review satu produk terbaik dari ladang. huhuh terbaik ke? of course ler sayang, kalau tak cikyah tak buat review. and for your infomation, cikyah takkan review satu produk tu kalau cikyah tak tahu keberkesanannya tau. so, you guys boleh percaya dekat cikyah. 

okay, let start our 'isi'. tadi mukadimah je baru. huhuh. so awak awak sekalian, pernah dengar tak Mavellous True Detox? tak pernah. aigoo guys, detox ni tengah famous sekarang tau. you guys should try. tambah tambah to those yang rasa badan dia susah nak terima any supplement. makan banyak mana pun vitamin, tetap stay gitu je. tak nampak pun perubahan. kalau ada perubahan pun, lambat sangat nak nampak. kadang kadang sampai berbotol botol berbulan bulan beratus ratus baru nampak keberkesanan vitamin atau supplement yang awak awak ambil. haa kalau you guys one of them, then you guys should try this product. kalau takut tak berkesan pun, atleast try consume sekali. beli satu bekas je dulu. tak rugi pun. harga pun murah je.

ye, last review cikyah pun pasal detox juga. tapi, this two detox tak sama tau. memang function dia focus benda yang sama iaitu buang toksin dalam badan. tapi, mevellous detox ni takde biji biji fiber macam 2BG. and rasa mevelloeous detox ni seakan akan rasa jambu apple gitu. sedap tau. ehh ehh rasa 2BG tu pun sedap, tapi ada yang tak suka sebab dia macam tasteless sikit. but, jujur dua dua bagus and sangat berkesan. trust me okay. tak tipu. and and before cikyah lupa, if korang beli mevellous detox ni, dia akan bagi free shaker tau. huhu so,kalau you guys suka kumpul shaker banyak banyak, then you should buy mavellous detox ni. cantik dapat shaker pun dapat. huhuhu.

so, how to consume it? meh sini cikyah ajo ye. just take 1 and half scoop of the detox with 150 ml of water then shake it well using shaker yang dia bagi. siap. then boleh minum dengan bahagianya. ohye, before cikyah lupa, air tu just guna air mineral biasa je no need hot water. okay? and then, nanti after minum benda alah tu, akan ada serbuk sebuk dia yang still lekat dekat shaker tu, so untuk mengelakkan pembaziran, you guys boleh isi air mineral and shake for the second time then minum. so, elak membazir bekas pun bersih. eheheh. okay lah sampai sini je. 

nah, cikyah lanje gambar mavellous detox to you guys. mana tahu berkenan di hati ke lepas tengok gambar ni kan. huhu ohye, nyanyok sungguh cikyah, lupa nak bagitahu. if you guys berminat nak cuba. korang boleh pergi ke insta sis ni, serious semua item dia murah and original.
@daisyparlour 

       
 selamat mencuba :)



THANKS FOR READING GUYS :D

K E M B A L I

guys, nak tahu apa yang menarik minggu ini? boleh USHA sini ye. TQ

ASSALAMUALAIKUM
hai guys.  salam sejahtera and salam 1 malaysia. this is my first post on november and first post yang cikyah bersalamkan 1 malaysia. sebelum sebelum ni cikyah jet jet bukan rakyat malaysia, kononnya rakyat korea gitu. hahahaha takdelah gurau je, mohon tuan najib tak terasa hati dengan cikyah ye. takmaulah sentap dengan cikyah, cikyah baru 19 tahun, tak mau ambil serius dengan cikyah ye.

so guys, first of all.. sorry sebab agak lama menghilang. bukan apa tnet cikyah slow la. masa laju dulu cikyah busy dengan life. biasalah masa tu tengah awal awal cuti sem. so, macam jet jet busy dengan life dekat rumah gitu. then bila hati dah mula rindu nak menaip, masa tu lah tnet nak slow ala ala siput sedut masak gulai lemak cili api gitu.

then, now alhamdulillah setelah beberapa hari cikyah cuba nak update new post, malam ni baru lah tnet dan laptop bergabung dengan baiknya dan terhasillah post baru ni haa. happy tak? of course cikyah happy. korang kalau tak happy itu lantak pi koranglah. cikyah taknak paksa korang happy, kang ada yang sentap dengan cikyah. susah nak pujuk nanti. cikyah bukan kaki pujuk tau. nanti tak pasal pasal, dengan cikyah sekali merajuk. hahaha k dah stop.

guys, sekarang dah masuk bulan november. cepatkan masa berlalu. sekarang dah masuk 6hb dah. pejam celik pejam celik tak lama lagi kaum india nak sambut Deepavali. then pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru. wow. too fast aight? and apa yang lagi buat cikyah nervous ialah cikyah just tinggal lagi 3 hari je untuk balik ke Dungun. ye, cikyah ada LIBB. LIBB tu apa? please refer to my previous post ye sayang sayang semua. cikyah malas nak terang banyak banyak kali. huhuhu. and tak lupa juga to those yang ada peperiksaan besar bulan ni. goodluck ye. especially to all 98 batchers. goodluck on your Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . buat yang terbaik. and jangan kenang sangat kertas yang lepas. buat stress je. redha dengan apa yang korang dah jawab. and please ingat apa yang cikyah nak pesan ni. keputusan yang akan korang dapat nanti, itu semua atas usaha korang. kalau besar usaha korang nak berjaya, insyaAllah keputusan yang korang dapat sangat sangat membahagiakan. tapi, kalau sebaliknya, then korang sendiri boleh faham faham sendiri.

okaylah, seems like macam dah lewat sangat dah and tulang belakang cikyah dah sakit dari tadi asyik duk menunduk je. so, cikyah minta diri dulu ye. harap post kali ni dapat ubat rindu korang dekat cikyah. opsss perasan jap. hehehehe. sekali sekala perasan tak apa kan? tak salah kan? and ohye, to those yang ada insta ke, blog ke jangan segan segan tinggalkan link korang atau id korang dekat box sembang cikyah ye. atau paling senang follow je insta cikyah (hidayahyusop) insyaAllah cikyah akan follow back kalau korang bagitahu cikyah yang korang ni pembaca blog cikyah. huhuh. perasan hot stuff jap padahal kejadah haram oang tak nak kenal. okaylah. bye and night guys.

see you guys on my next post yang entah bila akan di publishkan. uhuk uhuk ><

THANKS FOR READING GUYS :D

come back?

nak tahu sedikit sebanyak rahsia cikyah? boleh KLIK sini sementara cikyah baik hati .
ASSALAMUALAIKUM
Hai hai hai guys. wahh seriously dah lama sangat tak updated. huhuh busylah katakan. *busylah sangat. ehh memang cik yah busy okay. first of all, bahagaimana hari anda? bagus? hehe alhamdulillah hari cikyah okay je. tak ada yang excited sangat and tak adalah bosan sangat. orang tua tua kata sedang sedang gitu. acehhh.

ehem, pejam celik pejam celik lagi tiga hari cikyah nak habis semester 1. wahh cepat pula rasanya masa berlalu. * ehh baru semester 1? lambatnya. yelaa cikyah hari tu kan course lain. haish. tak apalah, biar lambat asalkan selamat kan. hehe. so, nampak tak tajuk dekat atas? nampakkan? nampakkan? hehehe so malam ni cikyah nak cerita sikit apa yang dah cikyah lalui selama nak masuk 6 bulan dekat Dungun. yes, UITM, Dungun sayang. hei, jangan ingat dekat dungun ni tak best. even thought dia tak berapa nak bandar but honestly, kampus dungun is the best. suasana dia, staff dia, lect dia TR dia. perghhh memang terbaik ah. *cehhh jet jet je kau ye cikyah. kau ingat kampus kau je ke yang the best? kampus lain tak best? ehh nope nope. that is not what i mean ye sayang sayang sekalian. maksud cikyah dekat sini, cikyah tak menyesal masuk sini. yela sometimes kita akan rasa menyesal kalau kita tersalah masuk tempat or tersalah buat pilihan aight? okay dah tak mau gaduh gaduh dengan cikyah. cukup ye anak anak.

then, yang buat cikyah rasa hari hari cikyah makin bahagia dekat sini ialah sebab cikyah join masuk BB. apa itu BB? BB tu Brass Band ye sayang sayang cikyah semua. Brass band ni satu organisasi gengster yang menarik hati banyak manusia yang tengok dorang perform. acehhh. no laa. brass band ni satu kumpulan musik gitu. alaa pancaragamlah weh. takkan tak tahu. aigoo. then, cikyah ni main instrument apa? hee meh sini nak cerita ye. jangan menyampuk orang tua tua bercerita ye anak anak. hmn, cikyah ni tak hebat mana pun, instrument cikyah pun ramai yang tak tahu kalau cikyah cakap. ya, i'm not a blowers or under percussion. i am a guard. a color guard.

apa itu kejadah color guard? okay bagi yang tak tahu, color guard is the spinning of a flag, rifle or sabre associated with marching bands and drum corps. so, i am the one of the flag spinning, hee. our training boleh dikatakan almost everyday. petang ada malam ada. penat? ya of course penat sayang. but mula mula jela rasa penat after a few times cikyah pergi training, cikyah tak rasa marching band ni penat. but dia dah jadi macam satu passion bagi cikyah. bila sekali cikyah skip training atas sebab sebab tertentu, mesti hati cikyah ras tak senang duduk, *acehh hati pun tak senang duduk ke? bukan hati duduk setempat jeke? okay dah diam. maksud cikyah dekat sini, cikyah rasa macam hari cikyah tak sempurna kalau cikyah tak pergi training. and sometimes kalau training cancel, mesti cikyah rasa macam agak kecewa. hahahah kelakarkan? macam tak betul je cerita cikyah kan? okay tepuk tangan sikit. anda semua sudah ditipu. coihhh no laa, buat apa cikyah nak tipu. ini cerita benar okay. cikyah tak tipu pembaca tau. no no tak mungkin sama sekali. heheh gedik tak kak ton? opss! gedik tak cikyah? okay adalah gedik sikit. ><

ehhem, dah dah. now buka cerita lain. actually, sekarang cikyah dalam musim final exam. and ya, 12hb ni my last paper for my final exam on my first semester in uitm dungun. macam tak sabar macam sedih pun ada. tak sabar nak balik jumpa ma abah, jumpa tobby(my beloved cute annoying cat) duduk dalam rumah, tengok tv, goyang kaki, baring atas katil empuk sendiri. aigoo really can't wait for that. tapi sedih sebab nak tinggalkan Gemia(nama kolej cikyah ye anak anak). yela, next semester, cikyah tak duduk kolej gemia dah. cikyah dah diupgredkan oleh sebuah organisasi, so, cikyah berpindah ke tempat yang agak mewah sedikit. cikyah ke kolej duyung. huhuhu. no more stay up late until 4 am lepaking with roomates a.k.a classmate dekat wakaf. watching star together hmn yelah semuanya jadi kenangan nanti, sokay, otak cikyah banyak free storage memory lagi. jangan risau. banyak kenangan lagi boleh masuk, hikhok. merepek apa ni cikyah? drunk ke? oii coihh sedap je mulut kata cikyah drunk. tumbuk nak? cikyah tak minum air ketum okay! arak sama sekali. okay ni dah merapu teruk sangat ni. da la sampai sini jela ye entry kali ni. next entry cikyah bebel pepanjang lagi ye. goodnight and thanks sebab baca entry cikyah kali ni. muah setepek. ;*

Nah, cikyah belanja gambar cikyah dengan band kesayangan cikyah. the night of Independence day.




THANKS FOR READING GUYS :D

NEW MONTH NEW LIFE?


  • Nak tahu apa yang menarik minggu ni? jum tengok SINI
ASSALAMUALAIKUM
pejam celik pejam celik lagi seminggu lebih je nak masuk bulan baru. 1st june, bermulalah hidup baru aku di Dungun, Terengganu. persiapan apa pun aku tak buat. hahahah bukan malas. bukan juga tak teruja. tapi sebab aku agak kebluran nak kemas apa. hahaha. kadang-kadang rasa takut pun ada. tapi, itulah kehidupan yang harus aku lalui.

Nak kata aku manja, taklah juga. merantau ni dah memang ada dalam cerita hidup aku, dari sekolah rendah sampai sekarang, hidup aku memang penuh dengan perantauan. hahah kalau dulu, mesti orang yang kena tegur aku dulu, barulah aku dapat kawan but bila dah selalu sangat pindah sana sini, tak perlu tunggu orang tegur dulu, dah boleh dapat kawan. so apa yang aku boleh kata, hidup perantauan ni tak adalah teruk mana malah boleh bagi kau kelebihan tau. haha

Bila kau dah biasa merantau, kau dah pandai jaga diri kau sendiri. kau dah biasa berdikari dan kau tak perlu risau macam mana life kau tanpa mak ayah di sisi. bukan nak kata, tak pentingkan mak ayah. heyy jauh sekali tu. tapi, bila kau dah biasa hidup merantau sorang-sorang ni, kau takdelah rasa macam setiap masa nak berkepit dengan mak ayah kau. nanti dorang pun tak senang hati nak lepaskan kau. risau takut kau tak boleh berdikari. risau kau tak boleh duduk jauh dengan keluarga. so, better kalau kau first time nak merantau pun, janganlah sampai meresahkan hati mak ayah kau. tak senang duduk dorang nanti. kesian tau.

Eheem. jangan salah faham ea, aku bukan nak kata salah berkepit dengan mak ayah. hey, benda tu jauh lebih baik daripada kau asyik duk berkepit dengan 'gewang-gewang' mu. maksud aku berganda, berjuta lebih baik daripada kau asyik duk berkepit dengan kekasih hati kau *kalau dah sah tu lain ceritalah. cuma, yelah macam aku cakap dekat atas tadi, jangan sampai mak ayah kau susah hati nak lepaskan kau. kalau nak berkepit pun, please show to them yang korang boleh berdikari dengan jayanya.

so, sampai sini je bebelan aku kali ni. insyaAllah after atau before aku pergi Dungun. aku update. love you #villagepeople :*

THANKS FOR READING GUYS :D

ARE YOU BATCH 97?


ASSALAMUALAIKUM
hi #villagepeople, salam sejahtera salam 1 malaysia. so, how you guys doing? good? memandangkan dunia semakin maju, manusia pula semakin sibuk dengan urusan masing-masing and aku pun tergolong sekali, so harap maaf di atas kesulitan untuk mengupdate belog. 

so first soalan aku malam ni.. to batch 97.. how was your UPU result? dapat? tak dapat? don't worry sayang sayang semua. dapat ke tak dapat ke tu nombor dua, yang penting korang dah sedaya upaya isi borang untuk pergi ke dunia kedua atau lebih senang ke alam universiti lah gitu. kalau dapat, alhamdulillah.. tapi ada juga segelintir yang dapat tapi taknak pergi. katanya itu bukan pilihan yang dia nak. sokay, everyone has their own option. kalau taknak pergi, itu lantak kaulah. tapi apa yang aku boleh kata, janganlah sia sia kan hidup dan peluang yang kau ada. takut menyesal kelak.

untuk sesiapa yang tak dapat pula, please ye aku merayu jangan cepat sangat berputus asa. Tuhan nak uji kau. kau tabah tak? sabar tak? dia nak tengok hamba dia ni boleh lalui ujian yang dia bagi dengan baik atau pun tidak. so, meh sini aku nak bagitahu, kalau tak dapat sila sila lah buat rayuan atau panggilan kedua. isilah dua dua. korang kena tahu ye, rayuan dengan panggilan kedua adalah dua benda yang berlainan. tarikh masuk pun tak sama okay. *kalau tak silap akulah. hikhok. nak lebih kepastian, mohon rujuk web dia okay sayang sayang. ohye, kalau sebelum sebelum ni korang isi borang tak ambil politeknik as ur option, please la lepas ni korang letak kay, mana tahu rezeki korang sebenarnya dekat poli ke kan. *hey! jangan nak pandang rendah sangat dekat poli okay! awas kalau anda berfikiran kolot seperti itu. meh sini aku nak tendang jauh jauh.

ohye, before aku lupa. satu benda lagi aku nak share to those yang tak dapat pangilan pertama ni haa.. if korang rasa korang nak rasa dulu pengalaman study dalam universiti, macam mana student student u ni belajar, hidup, dan sebagainya korang bolehlah ambil pra dip dulu. *eh hello, ambil pra dip bukan satu benda yang memalukan okay. mohon buang jejauh fikiran kolot korang tu. pra dip ni tak lama. satu sem je. lepas tamat pra dip, you guys bolehlah pilih any course yang korang berminat untuk teruskan and of course in diploma. yang paling best every month korang akan dapat elaun. so, kiranya korang ni dibayar untuk hadir ke kelas. hehehe best tak? best tak? bestkan.. and lagi best, korang tak perlu bayar yuran sebab semuanya ditanggung oleh pihak UITM. hehehe bestkan? yes semestinya best. and nak lagi best, untuk masuk ke diploma nanti you guys akan dipilih terdahulu sebelum mana-mana pihak. kiranya, korang memang akan ada peluang yang besar untuk dapat apa yang korang minta, kecuali korang tak lepas pointer yang ditetapkan. but jangan risau, target pointer dia tak tinggi pun. and and nak lagi best, nak masuk diploma nanti, tak ada sesi MDS iaitu sesi minggu destini siswa dan siswi. senang kata sesi korang di dera tanpa mengira usia. * MDS UITM ni memang haram sikit kalau dapat OC yang sakai. hahha dorang memang tak akan lepas daripada mendera orang. tapi kalau dapat OC baik, insyaAllah nothing to worry..

TETAPI, nak memohon untuk masuk ke pra dip juga ada syarat syaratnya. so, kalau korang berminat boleh la pergi ke laman web dia *web UITM kay sayang sayang skalian. and bacalah dengan teliti and fahamkan. okay? tapi tu kalau korang berminatlah. if korang ni ANAK orang kaya, petik jari je babe, masuk jelah kolej mana mana yang korang minat. swasta senang je masuk. ada duit ada lah ruang untuk korang belajar dalam tu. tak gitu pak mail? so, sekarang pun dah nak pukul 2 pagi. aku dengan rela hatinya nak mengundurkan diri dulu laa ye. 

last from me, do your best!


THANKS FOR READING GUYS :D

C I N T A



ASSALAMUALAIKUM
cinta. bila kita mula sayang dekat someone ni, mulalah kita jatuh cinta padanya. siang malam kalau boleh nak je melekat dengan si dia. 24/7 kalau boleh nak je contact si dia. aishh takleh renggang sikit lah cerita dia. kalau boleh nak je kahwin hidup bahagia sampai anak cucu cicit dengan si dia. tapi, apakan daya kalau angan-angan tadi tak menjadi kenyataan. apakan daya kalau hanya kita sahaja yang bertepuk sebelah tangan. bak kata orang-orang tua dulu-duluan, kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. so, how? Ya Allah sedih sangat tau kalau hanya kita sahaja yang beria nakkan si dia, sahkan si dia langsung tak ada effort untuk hidup bahagia dengan kita. sedih tau. hurt sangat. too much hurt.

but, kalau orang tu still dont have any relationship dengan kita. rasa sakitnya tu tak ada laa terasa sangat. tapi, kalau dia kekasih kita? ya, kekasih yang sekian lama bersama then tetibe masalah melanda dan salah seorang mulai hilang rasa sayang? Ya Allah, peritnya tak usah dikata. nak fikir pun dah terasa peritnya walau hanya sedikit. boleh gugur jantung kalau tetibe orang yang kita sayang pergi macam tu je. alasan yang diberi langsung tak munasabah. ehh, tak masuk otaklah senang cerita. atleast, tolonglah bagi alasan yang boleh kita terima. yang boleh kita rasa macam " sokaylah, aku redha." ini tak, alasan... huh taknak cakap. then, yang lagi menyakitkan hati jiwa dan raga bila kita contact si dia, tapi si dia tak balas. god! dan seen tapi still tak balas. alasan satu apa pun kita tak dapat. diam macam tu je. then status relay kita pun dah tak tahu macam mana. still no answer daripada si dia. tanya macam mana pun still takde jawapan. call banyak kali pun still tak di angkat. 

"Hey, awak nak apa sebenarnya? kenapa sanggup buat macam ni? mana janji janji dulu awak? semuanya dah hilang ke? semuanya dah berlalu ikut masa yang tinggalkan kita juga ke? everything yang kita lalui selama ni awak nak lupakan macam tu saja ke? everything yang kita dah janji nak buat sama, semuanya awak ghaibkan macam tu saja ke? please answer me. atleast say something, jangan hanya mendiamkan diri. its hurt me a lot."

walau sent macam tu sekali pun still tak dibalas? walau luahkan apa sekali pun still dah seen but tak berbalas? sakit hati semakin berbuak-buak. luka pula semakin mendalam. perit yang dirasa semakin terasa. nothing can do. semuanya terletak atas tangan si dia. kita di sini hanya merasa peritnya yang harus kita lalui. bermacam soalan bermain di minda. semakin lama semakin banyak. semakin sakit yang kita rasa, semakin sayang kita pada si dia. buat apa pun, still ingat si dia. 

kenapa?

sebab kita benar benar mencintai si dia.

SEKIAN

THANKS FOR READING GUYS :D

P E R F E C T I O N ?



ASSALAMUALAIKUM
our life is not perfects. mesti ada cacat celanya walaupun sedikit. walaupun kita rasa hari ni kita dah melakukan something dengan perfect, tapi percayalah di mata orang lain, ianya bukanlah sesuatu yang sempurna. tetapi, kadang-kadang, bila kita rasa kerja kita tidak sempurna, tapi pada pandangan orang lain, ianya dah cukup sempurna. so, kesimpulan dekat sini, apa pun yang kita lakukan, percayalah yang semuanya akan dilihat atas usaha kita sendiri. kalau sesuatu kerja itu kita lakukan dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah hasilnya akan menjadi sempurna. biarpun di mata orang lain ianya belum memuaskan hati, tetapi cukuplah di mata kita ia kelihatan cukup sempurna. just believe in ur self. be happy then your day will be perfect.

yes. hidup kita memang tak sempurna. memang lumrah manusia, no one is perfect. kau cantik, kau lawa, kau pretty, kau comel, kau cute, kau hensem, kau kacak, kau smart, kau swagger, kau hibster, kau blabla, kau blibli, dan kau macam macam lagi. semuanya atas diri sendiri. semuanya atas keputusan sendiri, semuanya atas kehendak sendiri. so, semuanya atas pilihan sediri sama ada kau nak ubah hidup kau untuk jadi lebih baik atau kau just nak maintainkan hidup kau. biar jelah apa pun yang berlaku, just follow the flow atau kau semakin memburukkan hidup kau. always murung, fikir diri ni tak perfect, selalu merendah diri, haa semuanya terpulang dekat diri masing masing. tapi, satu jelah apa yang aku boleh cakap, kalau kau rasa diri kau tu tak perfect, mohon sangat pandanglah orang-orang yang berada di bawah kau. apa yang aku maksud kan di sini, pandanglah orang yang kurang daripada kau. kalau kau tengok orang yang lebih daripada kau, semestinya kau akan rasa sakit hati. rasa rendah diri kau tu semakin menjadi-jadi, why? sebab kau tengok orang yang berada di atas kau. ohh dia lawa, ohhh dia kaya, ohh dia memang dah cantik dari kecik, oh dia slim, oh dia blaablaa, ohh kaki dia panjang, ohh mama papa dia sporting, ohh dia minta dia dapat, ohh itu, ohh ini.

Why??

kenapa harus menilai orang lain? setiap manusia ada jalan ceritanya sendiri. just prepare yourself untuk melengkapkan jalan cerita sampai ke penghujung. mungkin bagi kita, someone tu too perfect sampai semua benda kita rasa "Wow" "Untunglah" "Kan best kalau aku jadi dia" "Kenapalah aku tak dilahirkan macam dia" why?? kenapa harus fikir macam tu. bila korang fikir macam tu, satu perasaan negatif yang akan hadir dalam hati korang. JELES. then, bila korang jeles, mula la hadirnya rasa rendah diri tu. dan akhirnya akan effect dekat korang di mana korang akan rasa buruk, tak cantik, tak bergaya, tak itu, tak ini. haa mulalah korang ras diri tu tak perfect. sedangkan, pada orang lain, korang tu dah perfect dari A to Z. dari head to toe. haa faham? entah betul ke tidok ayat aku. tapi, kalau korang rasa dengan melihat orang yang berada di atas kau boleh membimbing kau, boleh bagi kau satu inspirasi untuk kau terus maju ke hadapan. silalah. aku taknak halang. sebab aku pun macam tu juga. kekekek. okay too long pula. so, jumpa di post yang akan datang. 

BYE.





THANKS FOR READING GUYS :D

L I F E



ASSALAMUALAIKUM
pejam celik pejam celik, aku dah nak final exam. wow too fast! dan aku tinggal lagi beberapa minggu je duduk dekat Jengka ni . everything yang masa awalnya kita tak nampak, now kita dah boleh nampak even perubahan tu sangat perlahan. baik buruk someone pun kita dah dapat tangkap. semuanya berada dalam genggaman. 

alhamdulillah, life dekat sini tak adalah bosan mana. the best thing, aku dapat menghayati alam semula jadi dekat sini. terbaik auu. menghayati setiap detik yang kita lalui, itu adalah salah satu nikmat kehidupan, cuba untuk menghayati ciptaan yg dibuat khas untuk hamba-hambanya, insyaAllah kita akan berasa tenang. *Acehhhhhhhh XD

alhamdulillah sekali lagi, masalah yang hadir dapat aku tempuhi. semuanya mengajar aku untuk terus menjalani kehidupan ni dengan lebih matang, tenang dan redha dengan apa yang telah tertulis. kadang-kadang aku terfikir juga, "kenapa mesti aku?" tapi setiap kali tu juga, jawapan yang aku dapat hanyalah satu ilusi yang aku sendiri tak pasti. kosong. hanya kabus menebal. jadi, aku nekad, apa pun yang berlaku, pasti ada hikmahnya buat aku. mungkin bukan sekarang. mungkin suatu masa akan datang.

so, kesimpulan untuk post aku kali ni.. kepada sesiapa yang rasa diri dia asyik diuji dengan pelbagai ujian, mohon bersabar dan kuatkan semangat. Allah itu maha Esa. dia tahu apa yang makhluk dia boleh buat dan apa yang makhluknya tak boleh buat. dia tahu takat kebolehan kita sampai mana dan dia tak akan uji makhluknya jika makhluknya tak dapat nak tanggung atau selesaikan ujian yang diberi.

SEKIAN :)

THANKS FOR READING GUYS :D

through it babe



ASSALAMUALAIKUM
Hai hai hai what's up. waduhh dah lama gila tak update. rindu sudah. sekian lama cik yah mendiamkan diri, agak-agak ada tak yang rindukan cik yah? kekekke jangan nak beranganlah Hidayah, tak ada siapa pun rindu kau. cukuplah jerawat dekat muka tu, tak payahlah nak berangan lebih lebih kay. hehe.

guys, pejam celik pejam celik dah masuk bulan 3. weh bulan 3 okay, MARCH 2015. haa yang mana SPM tahun lepas, hari ni duk berdebar ambil result. Aloloo tak mau berdebar ye. yang mana dah berusaha sungguh sungguh tu, insyaAllah, Allah akan bagi yang terbaik. Apa-apa pun, just ingatlah, keputusan korang tu berdasarkan usaha korang selama ni. kalau korang usaha banyak, banyaklah A dia. tapi, kalau usahanya pun macam pudar pudar gitu. haaa pudar pudarlah juga A korang ye. haa okay stop. aku dah merapu tempat lain ni.

guys, sekarang waktu memang cepat gila berlalu. dorang boleh menang kalau masuk final larian satu galaksi. haa melalut pulak kau cik yah. hmn, so far hidup di jengka. Alhamdulillah. tak ada apa yang menghalang aku untuk berjaya. walaupun agak dihempit oleh kelapa kepala sawit yang gagah berani berdiri tegak siang dan malam.. *acehhh. tapi, hidup aku still macam normal. tak ada pun tetibe berubah jadi orang asli ke apa ke ann. so, kepada sesiapa yang rasa jengka ni kolot. aku rasa mohon buanglah anggapan korang tu ye. jengka ni tak adalah kolot. even dia tak boleh nak lawan bandar-bandar luar tu. tapi, apa yang kau perlukan hari-hari, semuanya ada. lengkap okay. so, jengka is not bad actually.

hm, okay lah. got to go. ada kelas jap lagi. nanti cik yah update lagi ye uolss. muah setepek untuk sesiapa yang rajin baca entry blog aku. daa ~


THANKS FOR READING GUYS :D

REVIEW : JOM CANTIK BERSAMA 2 BE GORGEOUS FIBER.



ASSALAMUALAIKUM
 Hai guys, pernah tak korang consume satu supliment ni tapi tetap tak nampak kesan even dah berbotol botol korang habiskan? beli ubat kurus mahal mahal tapi tetap juga tak nampak kesan, beli minuman untuk cantikkan kulit, tengok orang lain berkesan je tapi bila sampai turn korang, ehh tak berkesan pulok. haa mula lah salahkan produk. produk tu tiruanlah produk tu tipu pelanggan la. itulah ini lah. ada je yang korang nak marah. sebab apa? sebab supliment yang korang makan tu tak berkesan dekat diri korang.

ehemm ehem guys, pernah tak korang terfikir kenapa produk tu tak berkesan dekat diri korang? pernah? ke terlalu sibuk duk menyalahkan produk, sampai tak sempat nak terfikir. meh sini cik yah bagitahu salah satu punca kenapa supliment yang korang ambil tu tak berkesan dekat diri korang.

Actually, *cehh speaking ann. hmm okay okay, sebenarnya korang kenalah buang toksin yang ada dalam badan korang tu dulu. yup, TOKSIN. benda alah ni laa yang buatkan supliment yang korang ambil tu tak berkesan atau lambat bagi kesan dekat korang. so, untuk tidak merugikan masa, tenaga, duit, dan nafsu korang nak cantik tu. meh laa beramai ramai cuba amalkan minum 2 Be Gorgeous. 


2 Be Gorgeous ni satu produk minuman untuk singkirkan toksin korang tu. minuman detok gitu. bolehh bersihkan dalaman korang yang belum pasti tahap mana kebersihannya tu. haa korang pun tak perlu nak risau sebab benda ni tak merbahaya. macam mana aku tahu tak bahaya? sebab aku dah pun selamat mencuba. dan yang paling aku suka, effect dia yang membuatkan supliment yang aku ambil cepat tunjukkan kesan. and ohya, banyak minum air kosong tu pun salah satu punca berkesannya supliment tu.

ANTARA FUNGSI UTAMA 2 BE GORGEOUS FIBER
- buang toxin hilangkan ketiak hitam
-menguruskan badan dengan membakar lemak (sebab ada lecithin)
- mencantikkan kulit menjadi complexion kulit merah jambu
- mengelakkan kanser usus, menyerap asid urik dalam badan , mengurangkan lapar
-mengelakkan sembelit
-melancarkan peredaran darah
- sesuai untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak seawal 12 tahun yang mengalami obesiti!

K! taknak cakap banyak-banyak sebab aku pun bukannya jual produk ni. just nak bagi info dekat korang. so, to those yang rasa supliment yang korang ambil tak bagi kesan dekat korang. mohonlah berdetok dulu ye agar korang takdelah rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dan sebagainya. apa-apa pertanyaan, bolehlah comment dekat bawah atau dekat sidebar aku ye. dekat mana? tuhh sebelah kanan korang dekat tempat orang duk tanya tanya aku tuh. sekian.

THANKS FOR READING GUYS :D

everything happens for a reason..



ASSALAMUALAIKUM
 Hellooooooooo? sayang sayang sekalian khazanah alam. *opss merapu pula kita. so guys, apa cerita? memandangkan cikyah dah agak lama tak meng-update blog cikyah ni. so, korang pun mesti ada banyak cerita jugakan. huhuhu samalah kita. cik yah pun ada banyak sangat cerita nak kongsi ni uolls.

kay, first of all, meh le kita beramai ramai melafazkan rasa syukur atas kesejahteraan hidup kita pada hari ini. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi yang semakin tua ini. walaupun, akhir tahun lepas, kita dilanda musibah tapi itu semua kita haruslah menganggapnya sebagai satu ujian dan petunjuk kepada hamba-hambaNya. there is a lot of morals daripada kejadian yang tidak dapat dijangka itu. so, disebabkan peristiwa itu juga, warga pelajar, *acehh warga ke? hahah apa apa ajelah. k, disebabkan itu, kitaorang pelajar pelajar ni dapat extra cuti. alhamdulillah. walaupun kami warga UITM, terpaksa batalkan study week kami. but bagi aku, it's okay. mungkin ada setengah daripada kami akan merasakan yang extand cuti ni hanya akan membuang masa dia or apa apa jelah yang dia fikir BUT PLEASE ingat dan fikirkan juga kepada mangsa mangsa banjir. please think about someone yang terlibat dengan peristiwa tu. apa yang mereka rasa kalau cuti tak dilanjutkan? rumah mereka, pakaian mereka, harta benda mereka, semuanya sudah musnah. berhati perutkah kamu untuk mengatakan bahawa entand cuti ni hanya membuang masa? please, fikirkan tentang orang lain juga. jangan selfish sangat sayang. 

k taknak cakap pasal orang berperangai ikan seperti di atas. meh kita sambung cerita tadi ye nyah nyah sekelian. so, cik yah start kelas balik 12 hb ni. but to those yang study dekat Kelantan, Terengganu, Johor dan seangkatan dengannya, kamu kamu sekelian boleh mula pada 11 hb ye anok anok.

and ohya guys, sebelum terlambat. cikyah nak ucapkan selamat menyambut tahun 2015. jangan paksa tahun 2015 ni jadi baik pada awak ye nyah nyah sayang. tapi, awak tu yang kena berusaha gigih untuk menjadikan tahun 2015 ini tahun terbaik untuk awak laluinya.

so, nyah nyah sayang. jumpa di post yang akan datang.

P/S : Ya Allah, kau bukakanlah pintu hatiku dan tunjukkanlah jalan yang benar untuk aku laluinya.

THANKS FOR READING GUYS :D