Hello Merpaties! Welcome to my simple blog. Do follow and keep update with merpati putih. Thankyou my love :D #for nice review open with google chome.

KECANTIKAN atau KEBERSIHAN lebih penting?



ASSALAMUALAIKUM
Hai Guys. hari ni aku nak bincang sikit pasal kuku. yup, kuku! actually, kuku kita ni adalah salah satu aset harian kita. mean macam something yang penting untuk kehidupan kitalah. kenapa aku cakap macam ni? sebab without nails, mungkin kita takkan dapat buat kerja harian kita. apa-apa yang menggunakan tangan atau lebih kepada jarilah senang kata. memang tak akan sempurna kalau kita tak ada kuku. tak percaya? try korang cabut kuku korang, then korang tengoklah sama ada korang boleh buat kerja atau pun tak. kalau boleh pun, agaknya perfect tak kerja korang tu. kenapa? sebab kuku kita ni mempunyai dua fungsi utama. Fungsi pertama yang diketahui secara umum ialah sebagai pelindung kepada hujung jari. Fungsi keduanya pula ialah memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh. so, hujung jari ni diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor. faham? okay bagus.

Actually, topik aku hari ni belum mula lagi. tadi tu hanya permulaan dan sedikit fakta tentang kuku yang semestinya semua orang pun dah tahukan. okay guys, sekarang pun dunia dah moden aite? semua kalau boleh nak bergaya, then gaya tu mesti ikut trendkan? samalah juga dengan kuku kita. mesti semua take care gila pasal kuku masing-masing. tapi, apa yang jadi persoalan kepada aku harini ialah, which one is more important, kecantikan atau kebersihan? ya, tak salah kalau kita nak simpan kuku, cat kuku or nak hias kuku kita dengan apa-apa hiasan pun. jujur memang cantik kalau orang tu pandai hias. macam gambar yang aku tunjukkan dekat atas tu, cantikkan? ye, memang cantik. but sometimes, aku tertanya-tanya juga macam mana dorang jaga? mean time after dorang dah siap 'poop', dorang tak rasa ke macam "eh, kuku aku ni dah betul-betul bersih ke?" yela sebab kita warnakan kuku kita, tambah-tambah dengan warna yang terang, sah-sah kita tak boleh nak pastikan yang kuku kita betul-betul bersihkan? tapi, kalau korang memang yakin yang kuku korang tu bersih. ya, baguslah.

then, satu lagi persoalan aku kali ni. bagi yang bukan beragama islam. aku tak kisah pun kalau dorang nak polish kuku or what. tapi, yang beragama islam ni, korang tak penat ke setiap kali nak solat, korang nak kena bersih/buang warna kuku tu? ke korang..... apa-apa jelah. aku taknak judge apa-apa pun. ya, mungkin ada yang kata "hello, this is mylife, suka hati i lah nak buat apa pakai apa pun. bukan susahkan u pun." ye, memang tak susahkan aku pun, dan sebenarnya aku pun taknak ambil tahu pasal korang. just disebabkan aku ni pun beragama islam, so tugas aku adalah untuk menegur saudara saudari yang sama agamanya dengan aku agar tidaklah terus tersesat, terkeluar dari landasan atau lebih senang terpesong dari ajaran agama sendiri. aku ni pun bukanlah perfect atau pun nak kata aku ni pandai agama ke apa, tak ada lah sangat. aku ni pun buta juga. perlukan didikan agama yang lebih juga. but, ada juga yang beragama islam tapi pakai polish but hanya time dorang tengah ABC. so, janganlah kita judge orang sesuka hati kay.

one more, kuku panjang atau kuku pendek? kalau bagi aku, of course aku akan pilih kuku pendek. why? sebab aku tak boleh kalau kuku aku panjang. aku rasa tak bersih. nak buat kerja pun rasa macam tak selesa gitu. tapi, ada juga yang setengah daripada kita suka simpan kuku dorang. mungkin itu hobi. tak tahulah kan. aku tak cakap salah kalau nak simpan. hak masing-masing. just, kalau korang nak simpan, aku harap korang pandailah jaga kuku tu. biar nampak bersih. then, setiap kali korang basuh after korang buang air besar ke kecil ke, harap basuh bersih-bersih. takut nanti bakteria still melekat dan satu lagi, bagi yang suka simpan kuku tu, kalau ambil air sembahyang, biar air wuduk tu masuk betul-betul celah kuku korang ye. nanti takut sia-sia je solat korang.

so kesimpulan dekat sini ialah kalau nak simpan kuku, polish kuku, hias kuku or apa-apa jelah. biarlah kita yakin dengan kebersihan kuku kita. jangan sampai kita dapat penyakit berpunca daripada kuku kita yang kurang bersih. dan tak tertinggal juga, sekarang aku rasa mungkin kebersihan lebih penting but still juga ramai yang mengutamakan kecantikan kuku dorang. okay just that for today. got to go. Kerana Terpaksa Aku Relakan dah main. hehhehehe ada pakwe aku dalam tu. hehehe ohh my zain love you, muahhh *hehehe gedik jap ><


THANKS FOR READING GUYS :D

Friends



ASSALAMUALAIKUM
Kawan, senang je nak dapat kawan. bertegur sapa, gelak tawa bersama, tanya itu ini, done! dapat kawan baru. cuma apa yang susah ialah bila kita nak dapat seorang kawan yang kita betul-betul boleh panggil ianya 'KAWAN'

Sebab dalam era permodenan dan kecanggihan teknologi sekarang ni, kawan yang berada di sekeliling kita, tak bermaksud ianya betul-betul boleh dianggap sebagai kawan. sometimes, kawan juga ada makan kawan sendiri. maksud aku dekat sini, bukan dia masak kita buat sup/stik or apa-apa masakan ye. maksud aku, tikam belakang kita. as example, selalu tanya pasal perkembangan relationship kita with someone special a.k.a boyfriend kita. sometimes, dia lebih tahu apa yang bf kita suka/minat/benci dan sebagainya. dia lah yang rapat dengan kita. tapi, rupa-rupanya dia nak tahu semua tu sebab dia nak rampas someone special tu daripada kita. woww terbaik sangat! dan ada juga yang rapat dengan kita atas sebab-sebab tertentu. mungkin sebab dengan berkawan dengan kita, dia dapat menumpang populariti kita atau boleh dapat kawan ramai atau diri dia senang nak menonjol. mean, mungkin dia minat dekat kawan kita, so dia rapat dengan kita atas sebab dia nak berkenalan dengan kawan kita. then, bila dia dah dapat apa yang dia mahu, kita ditinggalkan macam bahan yang lama. jumpa pun tak tegur, tanya khabar apatah lagi. kiranya buat kita ni macam tak pernah kenal gitu.

Dan yang paling famous gila ialah jenis kawan yang bila dia susah, kita dia cari. ye, kita dengan baik hatinya tolonglah dia. tapi, bila dia senang, haishh batang hidung pun tak nampak. then, bila kita susah pula, dia lari entah kemana. bila kita minta tolong, haa langsung tak dibalas msg kita. bila kita call, ehh perempuan manis pula yang angkat. katanya "Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. sila cuba sebentar lagi" or seadik-beradik denganya. haa nampak tak betapa baiknya kawan kita ni. lepas tu, bila kita tengah senang, tengah berduit ke apa, ehh muncul pula manutang ni (MANUTANG=MANUSIA+BINATANG). entah dari mana dia datang pun tak tahu. kiranya macam tetamu tak di undang gitu. haa masa tu la dia datang dengan bertopengkan malaikatnya, duduk bertenggek dekat dengan kita. buat baik laa konon. tanya itu ini macam kawan baik yang dah lama tak berjumpa. podahh!

guys, kalau ada laa kawan korang yang jenis macam ni, korang tak payah layan dia. ehh jahat sangat tu kalau tak layan. okay okay, kita layan dia tapi dalam masa yang sama kita sindir dia. biar dia terasa deep deep gitu. haa baguskan?

so, dalam dunia ni. kawan memang senang kita nak cari. tapi, yang betul-betul boleh dijadikan kawan itu lah yang susah. carilah satu dunia pun, mungkin hanya berapa je yang boleh tergolong dalam golongan yang kita cari. macam aku, sampai sekarang tak jumpa lagi kawan yang boleh aku panggil kawan. Act ada, tapi dia cousin aku. ya, dia sepupu aku tapi dalam masa yang sama dia la kawan aku yang aku boleh anggap sebagai kawan baik aku. yang lain tu.. entahlah malas nak cakap. mungkin hanya sekadar kawan hiasan dunia aku.

THANKS FOR READING GUYS :D

K E H I D U P A N



ASSALAMUALAIKUM
Keluarga. tanpa keluarga dunia kita tidak sebahagia sekarang. mungkin ada yang telah kehilangan keluarganya. tapi itu tidak bermakna tiada sinar kebahagian dalam kehidupannya. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. mungkin dia nak uji kita dengan menurunkan ujian kepada kita tapi setiap ujiannya pasti bukan di luar kemampuan kita. Ya, Allah swt tidak akan menurunkan ujian yang hambanya tidak dapat tempuhi. bersyukurlah kerana kita di lahirkan dalam keluarga yang beragama islam. dari kecil kita telah diajar untuk bersabar dalam menepuhi ujian yang diberi. Allah swt sayang kepada kita, dia turunkan ujiannya untuk menjadikan kita sebagai seorang manusia yang cukup sifat sabarnya. Tapi, ada juga setengah daripada kita yang menyangkakan ujian yang diturunkan oleh yang maha esa sebagai satu beban kepada dirinya. ada juga yang mengeluh setiap kali menempuhi ujian yang diberi. dan ada juga yang menyalahkan takdir dan sebagainya. Kenapa? adakah kerana tidak cukup didikan agama? adakah kerana tidak dapat bimbingan daripada keluarga? atau adakah kerana tidak dapat kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa? tapi apa yang penting, janganlah kita sesekali menyangka buruk kepada orang lain. mungkin bukan salah dia seratus peratus kenapa dia berperangai seperti di atas atau lebih teruk. pasti ada sebab kenapa dia berkelakuan seperti itukan? setiap manusia ada kisahnya sendiri. kita tak ada hak nak menilai seseorang dari apa yang kita lihat dan dengar. jangan disebabkan nilaian kita, terlahirnya satu fitnah dan boleh menyusahkan hidup seseorang. berdosa tau.

Ya, kita sebagai seorang hamba yang lemah dan seorang manusia yang tidak sempurna pasti tidak lari daripada melakukan kesalahan. tapi, itu tidak bermakna kita diberi kebebasan utnuk terus melakukan kesalahan. cubalah untuk membaiki kesalahan kita. jangan terus hidup di dunia yang penuh dengan kegelapan.mungkin kita tidak berniat untuk menyakiti hati seseorang tapi adakah kita diberi kebebasan untuk menceritakan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti? jadi, janganlah kita senang-senang je nak menjual cerita yang tak baik tentang diri seseorang. itu namanya buka aib orang tau. ingatlah, dunia ini berputar, sama seperti kehidupan kita. sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah. begitu juga dengan nasib kita, bila kita berbuat baik dengan orang, baik jugalah balasan yang kita terima.kalau kita berbuat jahat dekat  seseorang, jahat jugalah yang kita terima. kalau kita buka aib orang, one day, Allah swt yang akan membuka aib kita. ingat, berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. ingat ya, setiap perbuatan yang kita lakuan tak kira baik atau jahat, pasti ada balasan. tapi, bila, dimana, bagaimana itu semua hanya Allah swt yang tahu.

okay, sampai sini saja entry kali ni. jari pun dah berpeluh-peluh dari tadi tak berhenti menari atas papan kekunci ni. so, jumpa di post yang akan datang ^^

Masa Yang Anda Luangkan Amat Saya Hargai, Terima Kasih :)

THANKS FOR READING GUYS :D

Kita Winnnduuu


ASSALAMUALAIKUM
Aku rindu kau, rindu nak main intai-intai dengan kau, rindu nak gelak sama-sama, rindu nak usha gambar sama-sama, rindu nak buat gila-gila bersama. rindu nak rehat sama-sama, makan sama-sama, buat tawaf satu aeon sama-sama, pergi kerja sama-sama, balik kerja sama-sama, tidur sama-sama. shopping sama-sama. Ya Allah i miss all the memories with you Bella. do you miss me like i miss you? hmn bila laa lagi kita nak jumpa kan? maybe time raya je la kita jumpa.

Bella, aku harap sangat kita dapat tempat belajar sama. then duduk satu bilik so kita boleh buat semua yang kita buat dulu. borak itu ini, share cerita itu ini, sedih gembira bersama. sometimes kita gaduh but gaduh kita tu, gaduh manja-manja. tak sampai 20 minit kita mesti berbaik balik. sometimes kita ada salah faham tapi kejap je dah boleh solve kan. hmn ya allah, hanya kau je yang tahu betapa banyaknya rindu aku dekat minah sorang ni. hmn. aku harap kau rindu aku sebanyak mana aku rindu kau bella.

Bella, aku tak sabar nak jumpa kau. boleh pergi jalan-jalan jejauh sebab aku dah ada lesen. ohhh ya, rindu juga nak tunggang baby boy aku tu. harap time aku balik sana nanti, motor Honda Future tu ada laa. so time tu kau cakap je nak pergi mana, aku pasti bawa. tapi, kau kena tahu jalan ah. kang sesat pula. mampuih habis duit dekat minyak je. tak makan lah kita nanti. kekekeke. ya allah, i hope sangat-sangat kita dapat satu tempat belajar. Amin

so, Nurul Nabilah binti Che Zainuzi A.K.A my lovely cousin, aku nak kau tahu yang aku rinduuu gila-gila dekat kau. tunggu aku balik sana kay. then, kita pergi jalan-jalan. babai my love. muahhhhh.

THANKS FOR READING GUYS :D

Tak Seberani Dulu



ASSALAMUALAIKUM
wow guys, dah lama rasanya cik yah tak update sini. rindu >< bukan apa nok, kita busy sikit sejak dua menjak ni. ada je event sana sini.*ehh bajet popular je minah ni. opss bukan bajet, tapi realiti okay.. hahahahah puih tolonglah, cik yah tak popular pun, just bila orang dah jemput ke event dorang, kita kenalah datangkan. kang kalau tak datang apa pula orang kata nanti. kay stop! pembaca-pembaca sekelian, <-- bajet ada yang nak baca post dia lettewww, padahal tak ada pun.coihh! korang sihat? alhamdulillah la kalau sihat.

Hmnn...

Disebabkan kejadian dulu, aku tak seberani dulu. disebabkan tragedi dulu, aku selemah sekarang. Ya, aku tak kuat! aku tak kuat nak tempuh kejadian tu untuk kedua ketiga keempat kelima atau keberapa kali sekalipun. aku tak kuat dan aku tak mampu nak tempuh dugaan macam tu lagi. aku dah lemah, tak nak kejadian tu berulang lagi. cukuplah hanya sekali aku diganggu oleh makhluk halus. kemana aku pergi, mesti ada yang menemani tanpa boleh dilihat dengan mata kasar. ada saja bunyi-bunyi yang aneh mengganggu focus aku. ada saja yang ganggu tidur aku. malam-malam dipaksa bangun untuk berdepan dengan benda tu. ohhh cukuplah semua tu. aku dah tak sanggup nak ulangi benda yang sama. benda yang mengganggu ketenteraman hidup aku. mungkin semua itu ada hikmah, tapi aku tak sanggup. aku taknak. dan sekarang, aku taknak selamatkan orang daripada benda-benda ni lagi. cukup aku merana sorang selama ni. mungkin dengan cerita dekat orang tentang semua kejadian tu dapat legakan aku. tapi, semua itu tak melegakan aku seratus peratus.

 reaksi orang pun ada yang macam percaya tak percaya je dengar. mungkin dia nak kena lalui sendiri dulu baru percaya agaknya. tapi, sokay. hak masing-masing nak fikir macam manakan. tak kisah. asalkan aku dah luahkan beban aku sikit. itu pun dah cukup buat aku. tapi tolonglah, jangan judge aku itu ini. mesti ada sebab kenapa aku taknak dengar cerita seram korang. mesti ada sebab kenapa aku takut nak tekan link gambar bukan-bukan. mesti ada sebab kenapa aku taknak layan video-video prank yang korang bagi. semua tu mesti ada sebab-sebabnya. and ohya, jujur aku kata, aku agak terasa bila korang kata aku ni pengecut la lemah semangat la itu la ini laa dan yang paling agak menyakitkan  hati bila aku dapat ayat macam ni " weh, kau ni asal lemah semangat sangat. kang ada yang datang." 

eheemm, agaknya kalau korang lalui apa yang pernah aku lalui selama ni, baru korang tahu kot kenapa aku selemah sekarang ni. aku bukan diganggu dari kecil. aku diganggu secara mengejut dan berterusan. dorang datang bukan untuk minta tolong, bukan untuk bagi petunjuk. tapi, dorang datang hanya untuk nak takutkan korang. just nak buat korang lemah, selemah-lemahnya supaya dorang boleh masuk dalam badan korang. dorang nak korang takut dan buat dorang macam something yang berkuasa. ya, aku mengaku. aku pernah nyaris nak kena rasuk tapi aku selamat. ya, diselamatkan oleh diri sendiri. ya, tiba-tiba aku rasa, diri aku kuat masa tu. cukup kuat untuk lawan benda tu. Alhamdulillah, bersyukur sangat.

so guys, apa yang aku nak bagitahu dalam post aku kali ni. please, jangan judge aku sesuka hati korang. kalau degil nak judge sangat, janganlah sampai aku terasa dengan korang. nak judge pun, diam-diam ahh. kang aku bagi korang lalui apa yang aku pernah lalui baru tahu. *acehhhcehh macam boleh je. hmm, tapi sekarang aku betul-betul bersyukur bila aku dah tak lalui semua tu. Thank you, Ya Allah.

THANKS FOR READING GUYS :D