Hello Merpaties! Welcome to my simple blog. Do follow and keep update with merpati putih. Thankyou my love :D #for nice review open with google chome.

feelings...



ASSALAMUALAIKUM
Suka, Cinta, Sayang.. semua perasaan yang akan buat kita sakit hati dan kecewa suatu hari nanti. bila kita suka someone, lama-lama perasaan cinta itu timbul. sayang kita pada dia sama banyak macam kita sayangkan kehidupan kita. kalau boleh tiap hari kita nak dengar suara dia, nak berborak dengan dia, nak tengok dia, kalau boleh 24/7 kita nak dengan dia. tp, bila kita dah sayang, cinta kita pada dia semakin dalam, dia buat kita tertunggu tunggu pun kita tak kisah. "it's okay" ayat yang akan selalu bermain dalam hati bila dia buat kita sakit hati. "mungkin dia busy" ayat yang akan selalu kita guna untuk sedapkan hati bila si dia tak balas atau lambat balas sms kita. Tapi sampai bila? sampai bila kita nak rawat diri sendiri? rawat luka yang akan berulang ulang pastinya. hmn, tapi kalau kita sanggup apa salahnya. berusaha untuk mendapatkan sepenuhnya hati si dia. teruskan usaha tanpa ada rasa untuk mengalah. tunjukkan yang kita betul-betul mencintai diri si dia. hmnn tapi, kalau si dia yang suruh kita berhenti mencintai dirinya? tak ke patah hati? tak ke sakit hati? hmn tak apalah. nak buat macam manakan.. tak ada jodoh laa tu.

hmn mungkin ambil masa yang lama untuk kita lupakan si dia, mungkin air mata yang akan menemani kita untuk beberapa hari, mungkin hari hari kita kosong untuk ditempuhi, tapi itu semua satu pengajaran untuk kita. satu ujian untuk kita lalui. tempuhilah dengan penuh sabar dan yakinlah, Allah swt ada rancangan yang lebih baik untuk kita lalui satu hari nanti.

THANKS FOR READING GUYS :D

27 Sept 2014



ASSALAMUALAIKUM
Pejam celik pejam celik, dah 27 Sept . cepat betul masa berlalu. aku dengan kerja yang memang tak akan pernah habis ni menunggu masa je untuk masuk belajar semula. Debaran tu sememangnya ada, tapi itulah namanya kehidupan. kalau tak rasa, tak seronoklah hidup kita ni kan. so, semakin hari juga aku semakin matang dalam harungi hidup ni. semua yang berlaku aku anggap ianya satu proses untuk aku fahami dunia dan aku jadikannya sebagai satu kenangan untuk aku ingat di masa tua nanti. aceeewahh.

Hmn, dah lama aku tak on blog dan dah lama juga aku tak updated blog. bukan apa, idea dah tak ada. buntu nak update apa. setengah blogger suka update dorang punya aktiviti harian. itu ini semuanya dicerita. setengah pula suka update fakta fakta dan setangah lagi suka jadikan blog sebagai satu tempat luahan ehh dan ada juga blogger yang tak lepas peluang dengan menjadikan blog dorang salah satu tempat untuk dorang mencari rezeki. haa semua tu tak salah tau. apa pun yang dorang buat, itu semua hak masing-masing. tahu kenapa? sebab dorang daftar blog dorang atas nama dorang sendiri. guna account sendiri. so, kita tak boleh nak maki hamun dorang. TETAPI, kalau dorang salahgunakan blog mean macam dorang gunakan blog kearah kejahatan/merosakkan akal fikiran pembaca/rusuhan/rahsuah dan sesepupu sepapat dengannya. mohonlah kita buat aduan dekat pihak yang atasan atau yang bertanggungjawab ye. bukan nak menyibuk atau nak masuk campur urusan orang tapi, lebih baik mencegah daripada membiar atau lagi teruk kita sekali join. ohh mohon dijauhkan. tak maulah bersubahat atau pun terbabit dengan gejala yang tak sihat canggini. ohh tak tenteram hidup makk. " cakap ala ala nyah gitu nok"

okay! tup tap tup tap aku dah merapu. membebel tak berpoint. so sampai sini je. nanti jumpa lagi. daaa ~

THANKS FOR READING GUYS :D

Indahkah Dunia?



ASSALAMUALAIKUM
Angan-angan memang selalunya indah, tiada yang menghampakan. tapi realiti itu pasti! ianya bukan satu mimpi tapi ianya satu kehidupan yang akan kita lalui. ya! ianya REALITI. bila luka kita rasa sakitnya, bila suka kita rasa gembiranya, bila duka kita rasa peritnya, bila sedih kita rasa sebaknya. sedar pada realiti, dewasalah kita!

kehidupan memang tiada yang sempurna, kita manusia juga tiada yang sempurna. tapi kita ada akal, boleh fikir bagaimana nak menyempurnakan hidup kita. kekurangan kita itulah keistimewaan kita. kelebihan kita itulah nikmat yang kita miliki. bukan untuk selamanya tapi hanya sementara. bersyukur dengan apa yang ada. fikirlah selagi masih ada kewarasan. ingatlah bahawa, setiap apa yang berlaku pasti ada yang lebih merasainya. kurangnya kita, masih ada yang lebih kekurangan daripada kita, lebihnya kita, masih ada yang lebih kelebihan daripada kita. ingatlah. semuanya ada hikmah. redha dengan apa yang berlaku. pasti segalanya akan ditunjukkan kelak. bersabar itu yang mampu!

cuba bahagiakan kehidupan sendiri, pasti akan bahagia. jangan angankan apa yang tidak dimiliki. sempurnakan apa yang dimiliki. jangan melihat kelebihan orang, lihatlah pada diri sendiri. senyumlah. rasakan bahagia dari dalam diri. ambil nafas dalam-dalam. tenangkan diri. jangan lihat kepada kekurangan, cubalah lihat ia sebagai sesuatu keistimewaan yang hanya ada pada diri sendiri. sempurnakan ia. pasti akan dilihat cantik kelak. ikhlaskan hati, pasti berjaya!

bersemangatlah untuk membahagiakan dunia sendiri.


THANKS FOR READING GUYS :D

apakah tindakan anda?



ASSALAMUALAIKUM
Hai hai hai guys, alhamdulillah walau pun cik yah kerja, i still ada masa update belog tauu. tak rindu cik yah ke? please laa cakap rinduu *kekekek maaf cik hidayah, tak ada siapa rindu hang. tak soh perasan macam budak hot sangat kay. okay fine! tak ada siapa rindu akukan, aku je duk rindu kat hang. dah stop merapu.

alhamdulillah again, hari ni aku still boleh bernafas, masih boleh melihat kecantikan kuasa ilahi. terima kasih, Ya Allah. hari ni dah masuk 18 ramadhan. Ya Allah cepatnya masa berlalu. pejam celik, pejam celik kita dah nak raya. *Yuhoo tak sabar cik yah. 

okay okay, taknak merapu panjang-panjang, aku tahu korang tak suka aku merapukan. buang masa gitu. actually *bajet cakap orang puteh sat. hari ni, malam ni, pagi buta ni, aku nak tanya sikit. agaknya apa perasaan korang kalau korang dah terjatuh cinta atau bak kata orang barat ter-falling in love gitu dekat someone yang dah berpunya? apa yang korang akan buat? mean tindakan korang, adakah korang akan pendamkan aje perasaan korang tu atau korang cuba untuk dapatkan si dia? 

amaran keras : jangan cuba nak rampas kebahagian rumah tangga orang. ulangan tiap, rumah tangga orang.

okay guys, meh cik yah bagi satu contoh situasi kay. senang sikit korang nak jawab soalan cik yah tu.

 "korang kenal si dia dah lama, tapi si dia tak kenal korang. korang dah lama pendamkan perasaan korang. tapi nak luahkan tu, perasaan malu masih menjadi penghalang. so, korang cuba cari masa yang sesuai untuk luahkan. tapi, one day korang terpaksa pergi jauh dari si dia. so, niat korang untuk luahkan rasa hati perlu ditangguhkan. mungkin korang perlu ambil inisiatif lain. nak msg tak ada nombor si dia. jadi, terpaksalah godam satu persatu kawan korang dekat fb untuk cari acc si dia. alhamdulillah nasib berpihak kepada korang. acc si dia korang dah jumpa, tunggu si dia approve je. one day, bila si dia dah approve, korang cuba untuk membuat sesi tegur-menegur di chat. tanya itu ini dan tuptup korang jadi rapat. now, dah dapat id wechat si dia. bila sesama dah jadi kawan di wechat, makin rapat pula hubungan korang. perasaan korang yang dulu kian pudar, sekarang membuak-buak kembali. rasa seperti harapan kembali cerah untuk bersama si dia. tapi, bila masa yang ditunggu-tunggu dah sampai, korang dapat tahu si dia dah berpunya. alahai, nasib tak berpihak kepada korang. tapi, disebabkan korang dah berniat nak bagitahu, so korang luahkan juga isi hati korang yang sekian lama terpendam. tapi, itu bukanlah satu tindakan yang mengecewakan. cinta korang berbalas. si dia juga ada simpan perasaan dekat korang. tapi, si dia sudah berpunya. jadi, apakah tindakan korang? apa pula yang akan dirasakan oleh pasangan si dia? tapi, korang begitu sayangkan si dia. TINDAKAN?"

haaa dah baca? panjang tak? okay maaf atas kepanjangan cerita contoh tu ye, so guys, apa tindakan korang? adakah korang akan teruskan? atau korang akan cuba melarikan diri daripada si dia? cuba untuk sakitkan hati diri sendiri? atau cuba untuk menjadi kawan tapi mampukah korang tahan rasa ingin memiliki si dia? 

sebarang jawapan mohon tulis di shoutbox cik yah kay. heheh pasti akan ku balas wahai awok-awok semua. so, sampai sini saja kali ni. jumpa di post yang akan datang guys. ^^

THANKS FOR READING GUYS :D

Don't give up, guys. Peluang kedua masih ada.



ASSALAMUALAIKUM
hai guys, how was your day? good? macam mana puasa hari ni? baik-baik saja? makruh? atau dah terbatal? atau ada yang tak puasa? kalau tak puasa, bersebab ke atau sebaliknya? okay semua itu biarlah korang je yang tahu. kita dah besar panjang, dah boleh fikir mana satu baik mana satu buruk. jadi, pilihlah yang mana untuk kebaikan diri kita di dunia dan di akhirat kelak. 

okay guys, actually hari ni aku nak kongsi sikit satu benda. nak kata penting, haa bolehlah pentinglah juga. so, kepada manusia-manusia yang lahir pada tahun 1996, ni ceq nak habaq sikit ni, dah sambung belajar belum? dekat mana? swasta ke kerajaan? *amboih cik yah banyak betui soklan. boleh sabar sikit dak? heheh bukan tak sabar, kita nak tanya je. jawapan kita bukan dapat pun. hanya menanyakan soalan tapi tak pernah dapat walau sekali pun jawapan. sedihkan? okay dah stop merapu.

guys 1996 yang tak dapat UPU atau e-rayuan atau terlepas untuk kemasukan akedemik sesi pertama. jangan risau. sabar dan relax ye. jangan putus asa lagi. nih ceq nak habaq mai. kalau tak dapat masuk untuk kemasukan yang pertama. janganlah sedih. pasti ada hikmah di sebalik semua tu. guys, kalau korang kaya bolehlah pi masuk mana-mana kolej swasta yang berdaftar dalam malaysia ni, ha nak luar malaysia pun boleh. asalkan korang berduit dan ada keinginan untuk belajar. jangan masuk tapi hanya main-main. apa yang tahu, nak bersuka ria, dapat kawan baru, pakwe baru, awek baru, scandal baru. belajar pula entah kemana. ehh jangan macam tu, bazir duit bazir masa bazir tenaga. tak baik tak baik. kalau dah dapat masuk mana-mana, pastikan belajar elok-elok, ambil course yang kita betul-betul minat agar senang kita nak berjaya. esok-esok senang kita nak dapat kerja.

okay, taknak membebel panjang-panjang. kepada sesiapa yang tak minat tak mampu nak masuk kolej mahal-mahal atau lebih senang kolej swasta gitu. jangan putus asa lagi, Kemasukan akademik sesi ke-2 kan masih ada. ye, memang kemasukan tu bulan November, lambat lagi. ada yang kata "ehh buang masa ah masuk tu, lambat sangat" amboihh sedapnya cakap. buang masa ye? tak adanya buang masa. sementara menunggu korang boleh buat benda-benda berfaedah dulu. kerje ke apa. janganlah duk melepak siang malam. daripada tak masuk mana-mana baik orang apply je, sekurang-kurangnya kalau dapat, terjaminlah juga masa depan. tak gitu pak mail?

dah dah, cik yah taknak cakap banyak. kalau ada yang berminat nak teruskan usaha nak sambung belajar, boleh lah tekan link ni. tapi, kalau taknak. aku, nurhidayah mohon sangat korang fikir betul-betul keputusan yang korang dah buat tu. jangan pula nanti menyesal di kemudian hari. so, sampai sini saja untuk post kali ni. daa~ see you guys di lain hari.

ada apa-apa pertanyaan, add wechat aku : hidayahyusop . insya-allah, aku jawab.



THANKS FOR READING GUYS :D

KECANTIKAN atau KEBERSIHAN lebih penting?



ASSALAMUALAIKUM
Hai Guys. hari ni aku nak bincang sikit pasal kuku. yup, kuku! actually, kuku kita ni adalah salah satu aset harian kita. mean macam something yang penting untuk kehidupan kitalah. kenapa aku cakap macam ni? sebab without nails, mungkin kita takkan dapat buat kerja harian kita. apa-apa yang menggunakan tangan atau lebih kepada jarilah senang kata. memang tak akan sempurna kalau kita tak ada kuku. tak percaya? try korang cabut kuku korang, then korang tengoklah sama ada korang boleh buat kerja atau pun tak. kalau boleh pun, agaknya perfect tak kerja korang tu. kenapa? sebab kuku kita ni mempunyai dua fungsi utama. Fungsi pertama yang diketahui secara umum ialah sebagai pelindung kepada hujung jari. Fungsi keduanya pula ialah memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh. so, hujung jari ni diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor. faham? okay bagus.

Actually, topik aku hari ni belum mula lagi. tadi tu hanya permulaan dan sedikit fakta tentang kuku yang semestinya semua orang pun dah tahukan. okay guys, sekarang pun dunia dah moden aite? semua kalau boleh nak bergaya, then gaya tu mesti ikut trendkan? samalah juga dengan kuku kita. mesti semua take care gila pasal kuku masing-masing. tapi, apa yang jadi persoalan kepada aku harini ialah, which one is more important, kecantikan atau kebersihan? ya, tak salah kalau kita nak simpan kuku, cat kuku or nak hias kuku kita dengan apa-apa hiasan pun. jujur memang cantik kalau orang tu pandai hias. macam gambar yang aku tunjukkan dekat atas tu, cantikkan? ye, memang cantik. but sometimes, aku tertanya-tanya juga macam mana dorang jaga? mean time after dorang dah siap 'poop', dorang tak rasa ke macam "eh, kuku aku ni dah betul-betul bersih ke?" yela sebab kita warnakan kuku kita, tambah-tambah dengan warna yang terang, sah-sah kita tak boleh nak pastikan yang kuku kita betul-betul bersihkan? tapi, kalau korang memang yakin yang kuku korang tu bersih. ya, baguslah.

then, satu lagi persoalan aku kali ni. bagi yang bukan beragama islam. aku tak kisah pun kalau dorang nak polish kuku or what. tapi, yang beragama islam ni, korang tak penat ke setiap kali nak solat, korang nak kena bersih/buang warna kuku tu? ke korang..... apa-apa jelah. aku taknak judge apa-apa pun. ya, mungkin ada yang kata "hello, this is mylife, suka hati i lah nak buat apa pakai apa pun. bukan susahkan u pun." ye, memang tak susahkan aku pun, dan sebenarnya aku pun taknak ambil tahu pasal korang. just disebabkan aku ni pun beragama islam, so tugas aku adalah untuk menegur saudara saudari yang sama agamanya dengan aku agar tidaklah terus tersesat, terkeluar dari landasan atau lebih senang terpesong dari ajaran agama sendiri. aku ni pun bukanlah perfect atau pun nak kata aku ni pandai agama ke apa, tak ada lah sangat. aku ni pun buta juga. perlukan didikan agama yang lebih juga. but, ada juga yang beragama islam tapi pakai polish but hanya time dorang tengah ABC. so, janganlah kita judge orang sesuka hati kay.

one more, kuku panjang atau kuku pendek? kalau bagi aku, of course aku akan pilih kuku pendek. why? sebab aku tak boleh kalau kuku aku panjang. aku rasa tak bersih. nak buat kerja pun rasa macam tak selesa gitu. tapi, ada juga yang setengah daripada kita suka simpan kuku dorang. mungkin itu hobi. tak tahulah kan. aku tak cakap salah kalau nak simpan. hak masing-masing. just, kalau korang nak simpan, aku harap korang pandailah jaga kuku tu. biar nampak bersih. then, setiap kali korang basuh after korang buang air besar ke kecil ke, harap basuh bersih-bersih. takut nanti bakteria still melekat dan satu lagi, bagi yang suka simpan kuku tu, kalau ambil air sembahyang, biar air wuduk tu masuk betul-betul celah kuku korang ye. nanti takut sia-sia je solat korang.

so kesimpulan dekat sini ialah kalau nak simpan kuku, polish kuku, hias kuku or apa-apa jelah. biarlah kita yakin dengan kebersihan kuku kita. jangan sampai kita dapat penyakit berpunca daripada kuku kita yang kurang bersih. dan tak tertinggal juga, sekarang aku rasa mungkin kebersihan lebih penting but still juga ramai yang mengutamakan kecantikan kuku dorang. okay just that for today. got to go. Kerana Terpaksa Aku Relakan dah main. hehhehehe ada pakwe aku dalam tu. hehehe ohh my zain love you, muahhh *hehehe gedik jap ><


THANKS FOR READING GUYS :D

Friends



ASSALAMUALAIKUM
Kawan, senang je nak dapat kawan. bertegur sapa, gelak tawa bersama, tanya itu ini, done! dapat kawan baru. cuma apa yang susah ialah bila kita nak dapat seorang kawan yang kita betul-betul boleh panggil ianya 'KAWAN'

Sebab dalam era permodenan dan kecanggihan teknologi sekarang ni, kawan yang berada di sekeliling kita, tak bermaksud ianya betul-betul boleh dianggap sebagai kawan. sometimes, kawan juga ada makan kawan sendiri. maksud aku dekat sini, bukan dia masak kita buat sup/stik or apa-apa masakan ye. maksud aku, tikam belakang kita. as example, selalu tanya pasal perkembangan relationship kita with someone special a.k.a boyfriend kita. sometimes, dia lebih tahu apa yang bf kita suka/minat/benci dan sebagainya. dia lah yang rapat dengan kita. tapi, rupa-rupanya dia nak tahu semua tu sebab dia nak rampas someone special tu daripada kita. woww terbaik sangat! dan ada juga yang rapat dengan kita atas sebab-sebab tertentu. mungkin sebab dengan berkawan dengan kita, dia dapat menumpang populariti kita atau boleh dapat kawan ramai atau diri dia senang nak menonjol. mean, mungkin dia minat dekat kawan kita, so dia rapat dengan kita atas sebab dia nak berkenalan dengan kawan kita. then, bila dia dah dapat apa yang dia mahu, kita ditinggalkan macam bahan yang lama. jumpa pun tak tegur, tanya khabar apatah lagi. kiranya buat kita ni macam tak pernah kenal gitu.

Dan yang paling famous gila ialah jenis kawan yang bila dia susah, kita dia cari. ye, kita dengan baik hatinya tolonglah dia. tapi, bila dia senang, haishh batang hidung pun tak nampak. then, bila kita susah pula, dia lari entah kemana. bila kita minta tolong, haa langsung tak dibalas msg kita. bila kita call, ehh perempuan manis pula yang angkat. katanya "Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. sila cuba sebentar lagi" or seadik-beradik denganya. haa nampak tak betapa baiknya kawan kita ni. lepas tu, bila kita tengah senang, tengah berduit ke apa, ehh muncul pula manutang ni (MANUTANG=MANUSIA+BINATANG). entah dari mana dia datang pun tak tahu. kiranya macam tetamu tak di undang gitu. haa masa tu la dia datang dengan bertopengkan malaikatnya, duduk bertenggek dekat dengan kita. buat baik laa konon. tanya itu ini macam kawan baik yang dah lama tak berjumpa. podahh!

guys, kalau ada laa kawan korang yang jenis macam ni, korang tak payah layan dia. ehh jahat sangat tu kalau tak layan. okay okay, kita layan dia tapi dalam masa yang sama kita sindir dia. biar dia terasa deep deep gitu. haa baguskan?

so, dalam dunia ni. kawan memang senang kita nak cari. tapi, yang betul-betul boleh dijadikan kawan itu lah yang susah. carilah satu dunia pun, mungkin hanya berapa je yang boleh tergolong dalam golongan yang kita cari. macam aku, sampai sekarang tak jumpa lagi kawan yang boleh aku panggil kawan. Act ada, tapi dia cousin aku. ya, dia sepupu aku tapi dalam masa yang sama dia la kawan aku yang aku boleh anggap sebagai kawan baik aku. yang lain tu.. entahlah malas nak cakap. mungkin hanya sekadar kawan hiasan dunia aku.

THANKS FOR READING GUYS :D

K E H I D U P A N



ASSALAMUALAIKUM
Keluarga. tanpa keluarga dunia kita tidak sebahagia sekarang. mungkin ada yang telah kehilangan keluarganya. tapi itu tidak bermakna tiada sinar kebahagian dalam kehidupannya. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. mungkin dia nak uji kita dengan menurunkan ujian kepada kita tapi setiap ujiannya pasti bukan di luar kemampuan kita. Ya, Allah swt tidak akan menurunkan ujian yang hambanya tidak dapat tempuhi. bersyukurlah kerana kita di lahirkan dalam keluarga yang beragama islam. dari kecil kita telah diajar untuk bersabar dalam menepuhi ujian yang diberi. Allah swt sayang kepada kita, dia turunkan ujiannya untuk menjadikan kita sebagai seorang manusia yang cukup sifat sabarnya. Tapi, ada juga setengah daripada kita yang menyangkakan ujian yang diturunkan oleh yang maha esa sebagai satu beban kepada dirinya. ada juga yang mengeluh setiap kali menempuhi ujian yang diberi. dan ada juga yang menyalahkan takdir dan sebagainya. Kenapa? adakah kerana tidak cukup didikan agama? adakah kerana tidak dapat bimbingan daripada keluarga? atau adakah kerana tidak dapat kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa? tapi apa yang penting, janganlah kita sesekali menyangka buruk kepada orang lain. mungkin bukan salah dia seratus peratus kenapa dia berperangai seperti di atas atau lebih teruk. pasti ada sebab kenapa dia berkelakuan seperti itukan? setiap manusia ada kisahnya sendiri. kita tak ada hak nak menilai seseorang dari apa yang kita lihat dan dengar. jangan disebabkan nilaian kita, terlahirnya satu fitnah dan boleh menyusahkan hidup seseorang. berdosa tau.

Ya, kita sebagai seorang hamba yang lemah dan seorang manusia yang tidak sempurna pasti tidak lari daripada melakukan kesalahan. tapi, itu tidak bermakna kita diberi kebebasan utnuk terus melakukan kesalahan. cubalah untuk membaiki kesalahan kita. jangan terus hidup di dunia yang penuh dengan kegelapan.mungkin kita tidak berniat untuk menyakiti hati seseorang tapi adakah kita diberi kebebasan untuk menceritakan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti? jadi, janganlah kita senang-senang je nak menjual cerita yang tak baik tentang diri seseorang. itu namanya buka aib orang tau. ingatlah, dunia ini berputar, sama seperti kehidupan kita. sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah. begitu juga dengan nasib kita, bila kita berbuat baik dengan orang, baik jugalah balasan yang kita terima.kalau kita berbuat jahat dekat  seseorang, jahat jugalah yang kita terima. kalau kita buka aib orang, one day, Allah swt yang akan membuka aib kita. ingat, berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. ingat ya, setiap perbuatan yang kita lakuan tak kira baik atau jahat, pasti ada balasan. tapi, bila, dimana, bagaimana itu semua hanya Allah swt yang tahu.

okay, sampai sini saja entry kali ni. jari pun dah berpeluh-peluh dari tadi tak berhenti menari atas papan kekunci ni. so, jumpa di post yang akan datang ^^

Masa Yang Anda Luangkan Amat Saya Hargai, Terima Kasih :)

THANKS FOR READING GUYS :D

Kita Winnnduuu


ASSALAMUALAIKUM
Aku rindu kau, rindu nak main intai-intai dengan kau, rindu nak gelak sama-sama, rindu nak usha gambar sama-sama, rindu nak buat gila-gila bersama. rindu nak rehat sama-sama, makan sama-sama, buat tawaf satu aeon sama-sama, pergi kerja sama-sama, balik kerja sama-sama, tidur sama-sama. shopping sama-sama. Ya Allah i miss all the memories with you Bella. do you miss me like i miss you? hmn bila laa lagi kita nak jumpa kan? maybe time raya je la kita jumpa.

Bella, aku harap sangat kita dapat tempat belajar sama. then duduk satu bilik so kita boleh buat semua yang kita buat dulu. borak itu ini, share cerita itu ini, sedih gembira bersama. sometimes kita gaduh but gaduh kita tu, gaduh manja-manja. tak sampai 20 minit kita mesti berbaik balik. sometimes kita ada salah faham tapi kejap je dah boleh solve kan. hmn ya allah, hanya kau je yang tahu betapa banyaknya rindu aku dekat minah sorang ni. hmn. aku harap kau rindu aku sebanyak mana aku rindu kau bella.

Bella, aku tak sabar nak jumpa kau. boleh pergi jalan-jalan jejauh sebab aku dah ada lesen. ohhh ya, rindu juga nak tunggang baby boy aku tu. harap time aku balik sana nanti, motor Honda Future tu ada laa. so time tu kau cakap je nak pergi mana, aku pasti bawa. tapi, kau kena tahu jalan ah. kang sesat pula. mampuih habis duit dekat minyak je. tak makan lah kita nanti. kekekeke. ya allah, i hope sangat-sangat kita dapat satu tempat belajar. Amin

so, Nurul Nabilah binti Che Zainuzi A.K.A my lovely cousin, aku nak kau tahu yang aku rinduuu gila-gila dekat kau. tunggu aku balik sana kay. then, kita pergi jalan-jalan. babai my love. muahhhhh.

THANKS FOR READING GUYS :D

Tak Seberani Dulu



ASSALAMUALAIKUM
wow guys, dah lama rasanya cik yah tak update sini. rindu >< bukan apa nok, kita busy sikit sejak dua menjak ni. ada je event sana sini.*ehh bajet popular je minah ni. opss bukan bajet, tapi realiti okay.. hahahahah puih tolonglah, cik yah tak popular pun, just bila orang dah jemput ke event dorang, kita kenalah datangkan. kang kalau tak datang apa pula orang kata nanti. kay stop! pembaca-pembaca sekelian, <-- bajet ada yang nak baca post dia lettewww, padahal tak ada pun.coihh! korang sihat? alhamdulillah la kalau sihat.

Hmnn...

Disebabkan kejadian dulu, aku tak seberani dulu. disebabkan tragedi dulu, aku selemah sekarang. Ya, aku tak kuat! aku tak kuat nak tempuh kejadian tu untuk kedua ketiga keempat kelima atau keberapa kali sekalipun. aku tak kuat dan aku tak mampu nak tempuh dugaan macam tu lagi. aku dah lemah, tak nak kejadian tu berulang lagi. cukuplah hanya sekali aku diganggu oleh makhluk halus. kemana aku pergi, mesti ada yang menemani tanpa boleh dilihat dengan mata kasar. ada saja bunyi-bunyi yang aneh mengganggu focus aku. ada saja yang ganggu tidur aku. malam-malam dipaksa bangun untuk berdepan dengan benda tu. ohhh cukuplah semua tu. aku dah tak sanggup nak ulangi benda yang sama. benda yang mengganggu ketenteraman hidup aku. mungkin semua itu ada hikmah, tapi aku tak sanggup. aku taknak. dan sekarang, aku taknak selamatkan orang daripada benda-benda ni lagi. cukup aku merana sorang selama ni. mungkin dengan cerita dekat orang tentang semua kejadian tu dapat legakan aku. tapi, semua itu tak melegakan aku seratus peratus.

 reaksi orang pun ada yang macam percaya tak percaya je dengar. mungkin dia nak kena lalui sendiri dulu baru percaya agaknya. tapi, sokay. hak masing-masing nak fikir macam manakan. tak kisah. asalkan aku dah luahkan beban aku sikit. itu pun dah cukup buat aku. tapi tolonglah, jangan judge aku itu ini. mesti ada sebab kenapa aku taknak dengar cerita seram korang. mesti ada sebab kenapa aku takut nak tekan link gambar bukan-bukan. mesti ada sebab kenapa aku taknak layan video-video prank yang korang bagi. semua tu mesti ada sebab-sebabnya. and ohya, jujur aku kata, aku agak terasa bila korang kata aku ni pengecut la lemah semangat la itu la ini laa dan yang paling agak menyakitkan  hati bila aku dapat ayat macam ni " weh, kau ni asal lemah semangat sangat. kang ada yang datang." 

eheemm, agaknya kalau korang lalui apa yang pernah aku lalui selama ni, baru korang tahu kot kenapa aku selemah sekarang ni. aku bukan diganggu dari kecil. aku diganggu secara mengejut dan berterusan. dorang datang bukan untuk minta tolong, bukan untuk bagi petunjuk. tapi, dorang datang hanya untuk nak takutkan korang. just nak buat korang lemah, selemah-lemahnya supaya dorang boleh masuk dalam badan korang. dorang nak korang takut dan buat dorang macam something yang berkuasa. ya, aku mengaku. aku pernah nyaris nak kena rasuk tapi aku selamat. ya, diselamatkan oleh diri sendiri. ya, tiba-tiba aku rasa, diri aku kuat masa tu. cukup kuat untuk lawan benda tu. Alhamdulillah, bersyukur sangat.

so guys, apa yang aku nak bagitahu dalam post aku kali ni. please, jangan judge aku sesuka hati korang. kalau degil nak judge sangat, janganlah sampai aku terasa dengan korang. nak judge pun, diam-diam ahh. kang aku bagi korang lalui apa yang aku pernah lalui baru tahu. *acehhhcehh macam boleh je. hmm, tapi sekarang aku betul-betul bersyukur bila aku dah tak lalui semua tu. Thank you, Ya Allah.

THANKS FOR READING GUYS :D

HELP ME, PLEASE !



ASSALAMUALAIKUM
Comelkan? Handsome kan? okay dah stop. tak payah tengok lama-lama kay. aku tahu budak tu comel. ya comel dan sangat comel. macam aku, kan? *hehehe perasan benoorr le aku nih. aishh. okay stop. Hai guys, before aku nak mulakan leteran kebabom aku kali ni, tolong tekan sini, sini, sini, dan sini dulu boleh? okay lepas tu jangan lupa tekan sini, sini, sini juga. dah tekan? haa terima kasih. so, secara tak langsung korang dah tolong aku hari ni. jasamu akan ku kenang sampai bila-bila "acehh ayat. ye ye je kau cik yah nak kenang jasa aku." ehhh seriuslahh, kalau korang tekan of course lah aku kenang jasa korang yang tak ternilai tu. 

guys, janganlah marah. dah nama tajuk pun 'help me', right? so, entry aku mestilah ada kena mengena dengan tajuk aku. harap korang dapat tolong aku dengan ikhlas laa ye. dapat pahala tau tolong orang dengan ikhlas. bukan susah pun benda yang aku nak minta tolong ni. just tolong tekan je. kalau korang tekan, sumpah boleh buat aku happy punya. hehehe

ohya guys, sebenarnya post aku kali ni.. tak ada benda pun aku nak cerita. just agak bosan dan tetibe rasa nak minta tolong dengan korang korang yang baik hati dekat luar sana tu. haa so alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. dah alang-alang korang masuk sini, apa kata tolong tekan dekat sini, sini dan sini buat yang terakhir kalinya pada post kali ni. pleaseeeeee. hehehe xD

terima kasih kepada yang sudi tekan dan terima kasih juga kepada yang tak berapa nak sudi untuk tekan. jangan risau itu bukan virus atau iklan atau ahhh apa-apa jelah. itu cuma link untuk buat aku happy je. kiranya link tu salah satu daripada sumber kegembiraan aku lahh. haa canggitu le. so, kalau sayang aku baik cepat tekan. "perahsantan lebih je kau nih cik yah. siapa sayang kau? tak ada siapa punn sayang kau lahh. podahhh" adakah ayat ini yang sedang bermain lari lari dalam hati korang tu? ahhh please laa, tak mau laa kejam gitu. mehh laa sayang kita. nanti kita sayang uoalls balik. mehh laaa. *puihhh nak muntah den. guys, ingat ye, dalam dunia ni, kalau tak ada siapa pun yang anda rasa sayang pada diri anda. please stop fikir macam tu. dalam dunia ni, ramai yang sayang kita tau, cuma kita je tak tahu. kalau tak ada sekali pun, dont worry babe, Allah kan ada. Allah sentiasa sayangkan hamba-hambanya. so guys, buang yang negatif ambil yang positif. bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. last word from me, be happy with urself.

jumpa dipost yang akan datang :)

THANKS FOR READING GUYS :D

HAPPY CANGGINI :D


ASSALAMUALAIKUM
 Hy guyss. yuhooo happynya cik yah malam ni. opps actually, happynya cik yah pagi-pagi ni. akhirnya siap juga aku mengedit blog aku ni. yelaa memang la blog aku ni tak seberapa sangat, tapi aku sebagai tuan blog ni, agak terharu plus bangga sikit laa dengan apa yang aku dah buat ni. orang kata, improvement gitu. acehhcehh banyaklah kau Dayah. improvement lah sangot. yela, blog aku ni biasa-biasa je. orang tengok pun macam.. "eleeehhhh bajet cantik je blog, bajet comel je" haa tak gitu pak mail?

hmn, memandangkan aku pun bukannya pandai sangat dalam bab-bab nak edit bagi cantik comel bagai. aku pun tak adalah pro sangat nak edit html code bagai-bagai, senang cerita, aku tak ada lah pro sangat dalam dunia blog ni. aku buat ni pun sebab aku minat. alaa kiranya, blog aku ni ajet-ajet jadi diari aku laa gitu. bila rasa nak luah something je, haa sinilah tempat dia. *elehhh padahal tak adanya cik yah nak luah cerita sedih bagai dalam ni. kekekke saja je buat gempak jap. okay, dah banyak sangat melalut ni. kang menyampah pula korang dekat aku, tak ke kesian cik yah canggitu? ohh whatever. aim sebenar post aku kali ni, just nak cakap blog aku dah berwajah baru. hehehehe happy gila nokk. dari A to Z aku tukar. "yeke? nampak macam sama je?" ahhh pi lantak kau laa nak kata sama ke apa. luar dalam apa yang berubah, hanya aku dan yang maha esa je tahu. hehehehe >< okaylah, sampai sini jelaa, entry cik yah kali ni. ada masa, aku berleter lagi ye. so guys, jumpa di post yang akan datang.

kalau ada silap dan salah mahu pun terkasar bahasa ke apa, harap maaf ye. biasalah, aku pun manusia biasa. tak boleh lari dari melakukan kesilapan. apa yang aku boleh buat hanya membaiki kelemahan diri dan membetulkan kesilapan dan kesalahan yang pernah aku buat. SEKIAN .

THANKS FOR READING GUYS :D

MASALAH



ASSALAMUALAIKUM
hey guys. sihat? okay bagus. yang tak sihat tu, mohon makan ubat dan teruskan berdoa kay. yelaa, kita bukan boleh sihat macam tu je. mesti kena ada usaha dan doa. kalau just usaha tapi tak ada doa, tak nampak ke macam tak seimbang? macam senget sebelah gitu kan? 

masalah. yes masalah. semua orang ada masalah. tak ada yang terkecuali. Dalam hidup kita ni, kita tak boleh lari dari masalah. ada je masalah yang datang. tapi biasalah, masalah juga yang dewasakan kita kan? okay cuba fikir, kalau tak ada masalah tak ada laa kita nak fikir jalan penyelesaian so tak adalah pengalaman. sebagai contoh, cinta. bila kita dah mula cintakan seseorang kita cuba untuk dapatkan dia, jadikan dia milik kita seorang dan kalau boleh nak buat dia jadi milik kita yang sah. tapi, dalam percintaan tak semuanya sempurna. sometimes sweet sometimes ada masamnya dah sometimes ada pahitnya. kadang-kadang dalam percintaan juga adanya satu pergaduhan besar sampaikan kita tak boleh nak fikir dengan waras. dan bila semua ni berlaku kepada sesiapa yang lemah iman, bunuh diri terjun bagunan dan sebagainya jadi jalan penyelesaian dorang. pergaduhan berlaku sebenarnya bukanlah sesuatu yang meyusahkan. sebenarnya ia bermula dengan masalah yang kecil dan lama-lama akan jadi besar. why? sebab kita selfish. asyik nak menang dan taknak dengar penjelasan pihak lain. lepas tu kalau dua dua jenis keras kepala, ego tinggi, haa ambik kau sampai tahun depan agaknya tak berbaik. so, guys nak ke macam tu? taknak kan? haa so nak selesaikan masalah ni, sorang kenalah mengalah. betul? haa so dari satulah kita dapat pengajaran, kita dapat pengalaman. so, kesimpulan dekat sini, semua yang terjadi ada hikmahnya. bila sesuatu tu berlaku dekat kita, sama ada baik atau sebaliknya, pasti ada hikmahnya. semuanya bagi pengalaman dan pengajaran dekat kita. so, bila kita nak buat apa-apa di kemudian hari, kita akan fikir betul-betul dulu. taknak yang buruk berulang kembalikan. haa sama laa juga dengan masalah, bila hadirnya masalah dalam diri kita, kita akan lebih dewasa dalam menyelesaikan sesuatu masalah. mungkin bukan dewasa dalam segi umur, tapi dewasa dalam segi pemikiran. tak gitu pak mail? ohhh okay stop. aku taknak merapu lebih-lebih malam ni. so guys, kesimpulan post aku kali ni ialah masalah membuatkan kita dewasa. okay? and ohya guys, before lakukan sesuatu, pastikan korang fikir betul-betul dulu kay. daa~ night guys.

sorry kalau ada apa-apa kesilapan dan kesalahan dalam entry kali ni. jangan marah ye. biasalah semua manusia tak sempurna, yang silap itu dari aku dan yang baik itu dari yang maha esa :)

THANKS FOR READING GUYS :D

PROMOSI APRIL? jum terjah sebelum terlambat!

 ASSALAMUALAIKUM
hey hey hey guys. amboihh laju kau nok bila tahu ada promosi. okay okay. guys semperna bulan April ni, Gempak Printing Junction (GPJ) ada buat promosi tau.

* Gempak Printing Junction tu apa?
mehh kita terangkan, okay guys Gempak Printing Junction ni atau singkatan dia GPJ adalah satu syarikat yang 100% bumiputera tau. GPJ ni menerima tempahan t-shirt, baju korporat, cenderamata korporat, hadiah, perkhidmatan cetakan t-shirt (silkscreen & offset), sulaman, sport t-shirt, jersi dan lain lain lagi. GPJ juga ada menerima tempahan secara 'ONLINE' dan 'MAKE TO ORDER SYSTEM'. for product and services GPJ ni korang boleh rujuk dalam gambar di bawah ni ye.


then apa yang promosinya? okay guys sabar-sabar tak mau gopoh-gopoh please. for this month, GPJ ada buat promosi t-shirt printing. T-shirt + printing untuk sehelai just RM 10 je guys. murah kan? so, kepada sesiapa yang tengah sibuk duk mencari tempat printing baju yang murah dan berkualiti semperna family day ke, untuk kelas ke, kelab dan persatuan ke, or untuk event ke atau apa-apa sahaja, tak perlu pening-pening dah. so guys, jangan berlengah lagi, jom buat tempahan di Gempak Printing Junction atau lebih senang hubungi mereka di 017-9717371 013-4260875 . untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut boleh pergi ke PAGE fb GPJ. guys, tempahlah sekarang sebelum terlambat. promosi bukan selalu tau. 


THANKS FOR READING GUYS :D

P O S I T I V E



ASSALAMUALAIKUM
hey guys, whats up? sihat? hmn sejak dua menjak ni aku dah lama abaikan blog kesayangan aku ni. yelaa dulu tak ada tempat tetap untuk aku nak update selalu but now alhamdulillah i got new lappy. walaupun dekat hp pun boleh update tapi agak susah bagi aku sebab i need skin yang besar so barulah idea tu datang. kalau setakat skrin Xperia Go yang tak seberapa ni. hmn idea dia pun kureng nak beri kerjasama laa.

hmn guys, actually aku agak terkejut sedikit bila aku buka blog aku tadi. seems like ada orang tak berapa nak puas hati dengan aku. sokay, lets take it as a positive. before tu, aku nak minta maaf if aku ni bajet bajet lawa, cantik, comel atau sesibling dengannya. mungkin kalau aku ada terbuat perkara macam tu, mohon maafkan aku ye. mungkin aku tak perasan. ya, sometimes kita tak perasan dengan kesalahan kita sendirikan. so, we need someone untuk tegurkan kesalahan kita tu.

hmn i am a liar kalau aku cakap aku tak terasa dengan apa yang dia cakap tu. ohh mungkin aku tak cantik and aku ni perasan cantik. tapi, kalau nak tegur jangan ditegur begitu. tegur elok-elok kan okay. tak payah sampai nak mencarut wahai sekaum denganku. aishhh. ohya, one more, aku ni tak ada la baik sangat. aku pun manusia. tapi, kalau nak marah pun bertempat. nak mencarut pun berpada-pada laa. kita sama-sama manusia, sama-sama ada perasaan. kenapa awak tak boleh fikir apa yang akan saya rasa sebelum tulis macam tu? then, how about your feeling if someone yang awak tak pasti siapakah dia, tulis macam tu dekat awak? awak tahukan apa rasanya. bagaimana sakitnya. sedalam mana lukanya. hmn, sokaylah. benda dah lepas. mungkin saya cantik dan awak jeles dengan kecantikan saya. thats why awak tulis macam tukan? alaa kenapa ada juga orang macam awak sekarang ni? dalam dunia ni, tiada siapa yang tak cantik. semua orang cantik and ada keistimewaan sendiri.

ohya, to Backupers . saya hargai apa yang anda buat. thanks sebab backup saya dengan kata-kata anda. 

THANKS FOR READING GUYS :D

lelaki?


ASSALAMUALAIKUM
hi hii hiii guys ^^ good morning :D *amboihhh pagi-pagi dah update blog minah nih. hee sukati aii laa. llalalalaaa >< okay, nampak tak jejaka hensem atas ni? nampak? hee, hari ni aii nak kenalkan dekat uolls boyfriend baru aii. hahahahakkktuihhhh apa aku merepek ni? hang percaya hang stupid. kekeke >,<
okay okay, tak mau marah-marah. actually, *cehh ajet-ajet orang putih lak, nak speaking pagi-pagi ni, puihh. okay dah! stop merapu Dayah. hmn okay, sebenarnya hari ni aku nak cakap pasal lelaki. yeahh it's all about boy >< acehh ~

nampak tajuk pun dah dapat agak aku nak bincang pasal topik lelaki kan. cehhh topik baii. macam dalam rancangan tv-tv lak. puih. hahhah #sorry again . hm lelaki. lelaki, lelaki dan lelaki. dorang ni kalau  tak hisap rokok, hormat orng tua.. waaahhh gerenti digilai ramai. acehhh hahahha.actually, aku tak kisah pun dorang ni nak merokok ke apa, just jangan merokok dekat dengan aku. tu je aku minta. tapi, kalau aku dah sayang orang tu, aku akan berusaha untuk buat dia berhenti merokok. ehhh jap! sekarang nak cakap pasal lelaki or rokok ni? confuse.

hahaha okay, mehh kita cakap pasal lelaki ye. hmn banyak-banyak yang aku kenal laa kan. mejoriti kawan aku lah, dorang selalu share satu topik ni dengan aku. nak tahu apa? cara pemakaian perempuan. dorang mesti cakap yang dorang sebenarnya lagi suka tengok perempuan pakai tudung, baru nampak ayu gitu katanya. then, dorang kata dorang pun tak ada laa dapat dosa sebab tengok aurat dorang.

tapi, yang aku rasa kelakarnya, ada kawan aku yang non muslim ni tanya satu soalan ni dekat aku. "Yaya, why i tengok ada muslim girl yang tak pakai tudung? setahu i kan, bukan agama u suruh girl pakai tudung ke?" aku masa tu memang nak gelak habis. tak tahan, sebab dia tanya aku time adalah beberapa orang girl ni tak pakai tudung and bajunya, haa ambik kau kalah cina. pastu aku jawab "kenapa tanya i? tanyalah girls dekat sebelah u ni." time tu memang aku perasan dorang macam jeling-jeling. by the way, kepada orang-orang berkenaan, if you guys baca blog aku ni or terbaca la kan, harap maaf. bukan nk mengata or nak memalukan you guys time tu. tapi, aku just jawab apa yang sepatutnya aku jawab.sekian *iklan sebentar. 

time tu serius aku kata, dorang terus blah. hehe malu mungkin sebab non muslim yang tanya macam tu kan. kekkke sorry >< then, after dorang blah, terus aku tukar topik sebab aku pun tak pasti apa jawapannya. kang tersalah jawab, mampuih aku dia tersalah faham nanti. ehh, ni dah merapu ke tempat lain dah ni. heeee #sorry again. okay lets continue.

boleh dikatakan, 95% kawan lelaki aku yang lebih suka awek dorang or bakal awek or bakal isteri dorang pakai tudung, berbaju longgar means tak ada laa pakai ketat sana sini. tapi, ada pula sekarang ni, rambut dah elok dah ditutupnya, cantik je nampak, tapi bila tengok pakaiannya.. ya allah, kenapa ketat sangat kak oii.buruk orang pandang kak. and ada pula yang sekarang ni, pakai tudung sebab ikut tren. sokaylah, asalkan dorang nak tutup auratkan. biarlah seseorang itu berubah untuk kebaikan walaupun perubahan itu hanya sekecil kuman. aceehh ayat aku dah mula merapu nih. hehehehe ><

TETAPI! 45% daripada kawan aku yang cakap macam tu, bila aku tengok aweknya, haa ada juga yang free hair baju sendat sana sini. bila tengok gambar, ada yang peluk pinggang bagai. aishhh ni indah kata dari rupa nih. cakap je tak suka itu ini, tapi tetap juga pilih yang dia tak suka tu. rezeki tak boleh ditolak katanya. puihh rezeki ke macam tu? haishh tak tahu laa aku nak cakap apa lagi. nak bagi nasihat, dah berbuih mulut da. hmn ada pula yang cakap macam ni "alaa yaya, awek je pun. kau ingat aku nak buat bini ke kalau awek canggini. aku tak ada laa bodoh mana, sampai tak leh fikir yang mana baik yang mana kureng baik untuk hidup aku nanti. orang tua-tua kata, rezeki jangan ditolak, tak baik tauuu"  ada jelaa alasan dorang nak cakap. *respect lelaki jap sebab pandai buat alasan. bagi penampar sebiji tahu la. kekeke ><

so, girls diluar sana, nak ke boys buat canggitu dekat awak? just gunakan awak untuk puaskan nafsu sendiri. tapi, langsung tak terniat untuk dijadikn isteri yang sah. tapi, tak semua lelaki macam tu tauuuuu. setengah je atau mungkin separuh atau mungkin hanya sesuku je macam tu. okaylah, akhir kata, girls yang muslim tu.. jaga dan peliharalah auratmu, kerana ianya tidak ternilai :) assalamualaikum guys. jumpa di post yang akan datang ^^

THANKS FOR READING GUYS :D

WHY?



ASSALAMUALAIKUM
haii guys! first of all, sihat? baguslah kalau sihat. aku? alhamdulillah, sihat. WHY? KENAPA? okay, ayat ni selalu je bermain dalam minda kita if ada something yang buatkan kita jadi blur or bila kita jadi tertanya-tanya tentang sesuatu perkara yang kita sendiri tak pasti. betul? sama juga dengan tajuk aku kali ni. mesti korang akan tertanya-tanya, kenapa? apa? ohhh god apa sebenarnya yang dia nak tulis ni. haa tak gitu pak mailll oii? oppss jap. before aku start, aku nak minta maaf terlebih dahulu sebab mungkin post aku kali ni akan membuatkan korang pening untuk seketika atas sebab kewarna-warnian highlight aku kali ni. kkekkeke ><

okay, dalam dunia ni semua orang ada kawan, right? tak kisahlah, kawan baik ke, kawan biasa ke, kawan dikala kesunyian ke, atau kawan pura-pura kawan. *ehh ada ke kawan pura-pura kawan? haha ada je. kalau korang tak pernah kena, mungkin one day nanti korang akan kena. tapi, if one day pun korang tak akan kena, itu maknanya korang ni bagus ^^ so, mohon ucap alhamdulillah sikit. bersyukur sebab kita tak kena.

opss! aku dah merapu lebih pula. hmn actually, apa yang aku nak cakap, dalam kalangan kawan kita, mesti ada yang jenis suka jatuh-jatuhkan kita, tak pun yang mulutnya tu tak ada insuran. mesti adakan? hah jujur jelahh. tak payah nak backup kawan hang sangat. puihhh ajett baik pulak. *lol macam-macam jelah kau ni, hidayah. hmn, so kalau korang ada kawan macam tu, senang je. takmau fikir susah susah. buat serabut otak je. meh sini aku nak bagi tips bagi sesiapa yang ada kawan spesis canggitu tu. kekeke ><

mula-mula, tarik nafas dulu. acehh kau ingat ni nak buat senaman aerobik ke apa? hahaha lekklekk. okay, canggini ea, kalau kawan korang tu jenis yang mulutnya memang tak ada insuran. senang je. kalau dia kata "ehh, kau ni makan banyak-banyak ingat badan kau tu kurus sangat ke? pelahap betul kau ni. patutlah tak ada orang nak dekat kau." atau pun contoh kedua "eh, kau ni busuk ah. kau pakai deodorant ke tak? ke kau ni memang jenis keturunan busuk-busuk?" hahah relak korang, kalau ada kawan korang cakap macam ni.. relak je. apa yang korang patut balas "weh, aku nak berterima kasih sangat dekat kau, aku tak sangka kau ni prihatin sangat. dont worry aku memang sengaja taknak orang suka aku. baru bebas aku nak menggedik dengan siapa-siapa pun "  jawapan bagi situasi kedua pula "'ah aku memang dari keturunan busuk-busuk pun. kau je sorang keturunan wangi-wangi kan"

okay, nak sedapkan cerita, korang jawablah dengan setenang yang boleh sambil-sambil tu perlilah dia balik. hahah okaylah. itu je kot. daaa~ babai jumpa di post yang akan datang >< *sebenarnya dah tak ada idea nak tulis. kekekekek ^^

THANKS FOR READING GUYS :D

bila hati berbicara...



ASSALAMUALAIKUM
haii haii haii what's up? so, how was your day? good? hmn nampak tajuk dekat atas? so, kepada pembaca setia blog ni.. hari ni aku nak share something yang berkaitan dengan hati aku. hmn sometimes hati kita ni mudah terasa, sensitive gitu, and sometimes pandai pula dia nak buat donno dengan benda benda yang tak perlu di ambil peduli. hmn guys, sejak dua menjak ni kan, aku rasa macam ada something je yang tak kena dengan hati aku ni. kadang-kadang rasa sedih sangat sampai nak menitis air  mata ni dibuatnya, sometimes aku rasa kosong, macam nothing je dalam kepala otak aku ni. sometimes rasa nak marah je, ada je benda yang tak betul yang nak buat aku angin. hmn and sometimes aku pun tak faham dengan diri aku sendiri. hahahah XD hmn sebenarnya sebab DIA. dia hadir dan pergi lagi dari hidup aku. hmn cinta yang selama ni korang tunggu hadir setelah sekian lama menghilang. kehadirannya membawa sinar bahagia dalam hidup korang but now dia pergi lagi meninggalkan korang dalam kesepian, keseorangan. hahahah hidup kita tak selalunya indah, right? sometimes ada pahitnya, masamnya, peritnya sesuatu kejadian itu, tetapi dengan adanya semua rasa itu, barulah sempurna hidup kita sebagai seorang manusia, kan? 

kekekeke >< hidayah, perjalanan hidup kita ni dah ditentukan oleh Allah swt, kita sebagai hambanya hanya memilih jalan mana yang kita nak. kita juga hanya merancang dan dia yang menentukan. sama juga dengan jodoh, dia dah tentukan sejak kita dalam rahim ibu lagi, kita just berusaha dalam mencari pasangan hidup kita. sometimes kita tengok ada pasangan yang dah berkahwin  tapi bercerai. maybe bukan salah sesiapa, tetapi disebabkan dorang tidak dijodohkan untuk menjadi satu. hidayah hidup kita ni hanyalah sekali, tiada untuk kali kedua mahupun ketiga. so, hiduplah dengan merangka sebuah kehidupam yang bahagia, bahagia di dunia dan di akhirat. jangan bahagia di dunia merana di akhirat kelak. hmn see, aku dah merapu ke tempat lain.

okay okay hidayah, lupakan yang lama. teruskan hidupmu dengan sebuah kehidupan yang baru. mulakan hidupmu dengan sebuah senyuman yang ikhlas. hidayah, jangan pernah sesekali pun menoleh semula kebelakang, akan memakan dirimu juga kelak. better teruskan perjalanan hidupmu yang panjang lagi ni dengan sebuah azam yang baru. kisah yang lama jangan dikenang, yang depan matakan ada. jangan pula yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. ehhh tetibe je. hahaha okaylah. sampai sini je kali ni. daa~ see you guys dalam post yang akan datang :)

THANKS FOR READING GUYS :D

lelaki atau perempuan, yang mana lagi sombong?



ASSALAMUALAIKUM
haii haii haiii guys >< how was your day? good? nampak tajuk aku hari ni? so guys, siapa yang lagi sombong? boys or girls? hmnn hmnn okay okay bagi aku perempuan. why? sebab half  perempuan dalam dunia ni kalau kita tegur dia dalam fb, twitter or apa-apa laman sosial sekali pun kalau dia tak kenal that guy dia tak akan balas, kalau balas pun mungkin satu dua patah perkataan je. opsss tapi sebenarnya girls ni bukannya sombong, actually dorang ni lebih suka mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati. yelaa sekarang ni mana boleh kita terus layan orang yang kita tak kenal right? kang buatnya dia tu perogol mesteri ke apa ke ann. siapa susah? kaum hawa juga yang merasa akibatnya nanti. tapi, zaman sekarang ni tak boleh juga kita nak fikir girls je yang sombong. zaman sekarang ni aku rasa girls pun ramai yang tergedik sana sini. ada yang terover sana sini. haa dan ada juga lelaki yang sombong sekarang atau lebih senang lelaki yang ego laa gitu. tapi ego-ego dorang, sombong-sombong dorang, aku pasti bersebab. mana tahu dulu dorang peramah sangat sampai kena fitnah gatal or apa-apa jelaa kan.

okay, next! zaman sekarang tak macam zaman dulu-dulu, zaman sekarang boys girls sama je. kalau dulu girls sopan santun boys mesti nakal. tapi sekarang dah tak. ada pula yang girls lebih nakal daripada boys kan? okay mohon anggukkan kepala korang sekarang. kekeke paksa-paksa pulak. hmn kalau dulu girls memang takut kalau dipadankan dengan peribahasa " perigi cari timba " but now setengah daripada mereka tak kisah pun malah dorang kata " alaa zaman sekarang mana ada orang nak kisah kalau perigi cari timba pun " eheemm okay di sini aku nak buat satu pembetulan sikit. mungkin yang tak ada rasa malu je akan cakap macam tu. sebab girls terkenal dengan sikap pemalu dan sopan santun. girls pasti malu nk mulakan dulu or nak pi ngorat lelaki yang dia suka. am i right? tapi, tak semua girls yang mulakan dulu tu gatal. sometimes kita sebagai seorang perempuan kena mulakan dulu if lelaki tu memang ego tahap gunung kinabalu. tapi beragak laa sikit. jangan sampai ada yang sakit mata memandang. aku pun perempuan, aku mungkin boleh faham situasi perempuan tu kalau dia yang mulakan dulu . tapiiiii, kalau dorang saling tak mengenali and tetibe ada sorang perempuan ni start dulu menggedik, haa yang ni aku tak leh nak cakap apa la. mungkin dia dah memang dilahirkan dengan perangai macam tu. dan sekarang pun, kalau kita tengok lelaki pun ada juga macam tu and ada setengah tu yang tersangatlah ego. dia dah memang minat dekat sorang perempuan ni tapi dia taknak tegur sebab kiranya kalau dia tegur jatuh la saham dia. hahaha ada ke macam tu ea? hmnn ada laa kot. hahhaha. okay okay dalam dunia ni pun ada juga girls and boys yang tak sombong tapi dorang tak suka senyum bila dengan orang yang dorang tak kenal. macam aku. hehehehe lol. perlu ke kaitkan diri sendiri dalam post ni. hhahah sekali sekala tak apa .><

contohnya, ada jantina yang berlawanan dengan kita duduk dekat kita, and kita pula tak kenal orang tu.mesti kita tak senyum dekat orang tu kan. mana tahu kang dicop sebagai penggatal ke apa ke kang susah. tapi, bila someone tu dah start tegur kita.. haaa mulut takkan berhenti senyum ahh. kalau boleh pandang sikit nak senyum, pandang sikit nak senyum. bila dah start conversation haa ambik kau sampai esok lusa rasanya tak tamat conversation tu.

haaa okay lah, dah terover panjang post aku kali ni. so guys yang baca post aku ni. thanks a lot kay darling darling semua. sayang korang. muaahh :* kalau ada masa lagi, kita bertemu lagi kay. kali ni sampai sini je. pesanan terakhir, mohon korang selalu senyum, sebab tak pernah lagi aku tengok orang senyum buruk. setakat ni, selama 17 tahun berapa bulan dan berapa hari aku hidup ni, aku hanya nampak yang kurang manis bila senyum terus manis, yang kurang hensem bila senyum terus buat aku jatuh hati, yang kurang cantik bila senyum terus buat aku terpikat and yang kurang comel bila senyum terus buat aku cair. hahahah okay lah. daaa~ see you guys dalam post yang akan datang.

akhir kata, senyumlah selagi kita boleh :)

THANKS FOR READING GUYS :D