
ASSALAMUALAIKUM
Angan-angan memang selalunya indah, tiada yang menghampakan. tapi realiti itu pasti! ianya bukan satu mimpi tapi ianya satu kehidupan yang akan kita lalui. ya! ianya REALITI. bila luka kita rasa sakitnya, bila suka kita rasa gembiranya, bila duka kita rasa peritnya, bila sedih kita rasa sebaknya. sedar pada realiti, dewasalah kita!
kehidupan memang tiada yang sempurna, kita manusia juga tiada yang sempurna. tapi kita ada akal, boleh fikir bagaimana nak menyempurnakan hidup kita. kekurangan kita itulah keistimewaan kita. kelebihan kita itulah nikmat yang kita miliki. bukan untuk selamanya tapi hanya sementara. bersyukur dengan apa yang ada. fikirlah selagi masih ada kewarasan. ingatlah bahawa, setiap apa yang berlaku pasti ada yang lebih merasainya. kurangnya kita, masih ada yang lebih kekurangan daripada kita, lebihnya kita, masih ada yang lebih kelebihan daripada kita. ingatlah. semuanya ada hikmah. redha dengan apa yang berlaku. pasti segalanya akan ditunjukkan kelak. bersabar itu yang mampu!
cuba bahagiakan kehidupan sendiri, pasti akan bahagia. jangan angankan apa yang tidak dimiliki. sempurnakan apa yang dimiliki. jangan melihat kelebihan orang, lihatlah pada diri sendiri. senyumlah. rasakan bahagia dari dalam diri. ambil nafas dalam-dalam. tenangkan diri. jangan lihat kepada kekurangan, cubalah lihat ia sebagai sesuatu keistimewaan yang hanya ada pada diri sendiri. sempurnakan ia. pasti akan dilihat cantik kelak. ikhlaskan hati, pasti berjaya!
bersemangatlah untuk membahagiakan dunia sendiri.
No comments :
Post a Comment