Hello Merpaties! Welcome to my simple blog. Do follow and keep update with merpati putih. Thankyou my love :D #for nice review open with google chome.

Friends



ASSALAMUALAIKUM
Kawan, senang je nak dapat kawan. bertegur sapa, gelak tawa bersama, tanya itu ini, done! dapat kawan baru. cuma apa yang susah ialah bila kita nak dapat seorang kawan yang kita betul-betul boleh panggil ianya 'KAWAN'

Sebab dalam era permodenan dan kecanggihan teknologi sekarang ni, kawan yang berada di sekeliling kita, tak bermaksud ianya betul-betul boleh dianggap sebagai kawan. sometimes, kawan juga ada makan kawan sendiri. maksud aku dekat sini, bukan dia masak kita buat sup/stik or apa-apa masakan ye. maksud aku, tikam belakang kita. as example, selalu tanya pasal perkembangan relationship kita with someone special a.k.a boyfriend kita. sometimes, dia lebih tahu apa yang bf kita suka/minat/benci dan sebagainya. dia lah yang rapat dengan kita. tapi, rupa-rupanya dia nak tahu semua tu sebab dia nak rampas someone special tu daripada kita. woww terbaik sangat! dan ada juga yang rapat dengan kita atas sebab-sebab tertentu. mungkin sebab dengan berkawan dengan kita, dia dapat menumpang populariti kita atau boleh dapat kawan ramai atau diri dia senang nak menonjol. mean, mungkin dia minat dekat kawan kita, so dia rapat dengan kita atas sebab dia nak berkenalan dengan kawan kita. then, bila dia dah dapat apa yang dia mahu, kita ditinggalkan macam bahan yang lama. jumpa pun tak tegur, tanya khabar apatah lagi. kiranya buat kita ni macam tak pernah kenal gitu.

Dan yang paling famous gila ialah jenis kawan yang bila dia susah, kita dia cari. ye, kita dengan baik hatinya tolonglah dia. tapi, bila dia senang, haishh batang hidung pun tak nampak. then, bila kita susah pula, dia lari entah kemana. bila kita minta tolong, haa langsung tak dibalas msg kita. bila kita call, ehh perempuan manis pula yang angkat. katanya "Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. sila cuba sebentar lagi" or seadik-beradik denganya. haa nampak tak betapa baiknya kawan kita ni. lepas tu, bila kita tengah senang, tengah berduit ke apa, ehh muncul pula manutang ni (MANUTANG=MANUSIA+BINATANG). entah dari mana dia datang pun tak tahu. kiranya macam tetamu tak di undang gitu. haa masa tu la dia datang dengan bertopengkan malaikatnya, duduk bertenggek dekat dengan kita. buat baik laa konon. tanya itu ini macam kawan baik yang dah lama tak berjumpa. podahh!

guys, kalau ada laa kawan korang yang jenis macam ni, korang tak payah layan dia. ehh jahat sangat tu kalau tak layan. okay okay, kita layan dia tapi dalam masa yang sama kita sindir dia. biar dia terasa deep deep gitu. haa baguskan?

so, dalam dunia ni. kawan memang senang kita nak cari. tapi, yang betul-betul boleh dijadikan kawan itu lah yang susah. carilah satu dunia pun, mungkin hanya berapa je yang boleh tergolong dalam golongan yang kita cari. macam aku, sampai sekarang tak jumpa lagi kawan yang boleh aku panggil kawan. Act ada, tapi dia cousin aku. ya, dia sepupu aku tapi dalam masa yang sama dia la kawan aku yang aku boleh anggap sebagai kawan baik aku. yang lain tu.. entahlah malas nak cakap. mungkin hanya sekadar kawan hiasan dunia aku.

THANKS FOR READING GUYS :D