Hello Merpaties! Welcome to my simple blog. Do follow and keep update with merpati putih. Thankyou my love :D #for nice review open with google chome.

K E H I D U P A N



ASSALAMUALAIKUM
Keluarga. tanpa keluarga dunia kita tidak sebahagia sekarang. mungkin ada yang telah kehilangan keluarganya. tapi itu tidak bermakna tiada sinar kebahagian dalam kehidupannya. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. mungkin dia nak uji kita dengan menurunkan ujian kepada kita tapi setiap ujiannya pasti bukan di luar kemampuan kita. Ya, Allah swt tidak akan menurunkan ujian yang hambanya tidak dapat tempuhi. bersyukurlah kerana kita di lahirkan dalam keluarga yang beragama islam. dari kecil kita telah diajar untuk bersabar dalam menepuhi ujian yang diberi. Allah swt sayang kepada kita, dia turunkan ujiannya untuk menjadikan kita sebagai seorang manusia yang cukup sifat sabarnya. Tapi, ada juga setengah daripada kita yang menyangkakan ujian yang diturunkan oleh yang maha esa sebagai satu beban kepada dirinya. ada juga yang mengeluh setiap kali menempuhi ujian yang diberi. dan ada juga yang menyalahkan takdir dan sebagainya. Kenapa? adakah kerana tidak cukup didikan agama? adakah kerana tidak dapat bimbingan daripada keluarga? atau adakah kerana tidak dapat kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa? tapi apa yang penting, janganlah kita sesekali menyangka buruk kepada orang lain. mungkin bukan salah dia seratus peratus kenapa dia berperangai seperti di atas atau lebih teruk. pasti ada sebab kenapa dia berkelakuan seperti itukan? setiap manusia ada kisahnya sendiri. kita tak ada hak nak menilai seseorang dari apa yang kita lihat dan dengar. jangan disebabkan nilaian kita, terlahirnya satu fitnah dan boleh menyusahkan hidup seseorang. berdosa tau.

Ya, kita sebagai seorang hamba yang lemah dan seorang manusia yang tidak sempurna pasti tidak lari daripada melakukan kesalahan. tapi, itu tidak bermakna kita diberi kebebasan utnuk terus melakukan kesalahan. cubalah untuk membaiki kesalahan kita. jangan terus hidup di dunia yang penuh dengan kegelapan.mungkin kita tidak berniat untuk menyakiti hati seseorang tapi adakah kita diberi kebebasan untuk menceritakan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti? jadi, janganlah kita senang-senang je nak menjual cerita yang tak baik tentang diri seseorang. itu namanya buka aib orang tau. ingatlah, dunia ini berputar, sama seperti kehidupan kita. sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah. begitu juga dengan nasib kita, bila kita berbuat baik dengan orang, baik jugalah balasan yang kita terima.kalau kita berbuat jahat dekat  seseorang, jahat jugalah yang kita terima. kalau kita buka aib orang, one day, Allah swt yang akan membuka aib kita. ingat, berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. ingat ya, setiap perbuatan yang kita lakuan tak kira baik atau jahat, pasti ada balasan. tapi, bila, dimana, bagaimana itu semua hanya Allah swt yang tahu.

okay, sampai sini saja entry kali ni. jari pun dah berpeluh-peluh dari tadi tak berhenti menari atas papan kekunci ni. so, jumpa di post yang akan datang ^^

Masa Yang Anda Luangkan Amat Saya Hargai, Terima Kasih :)

THANKS FOR READING GUYS :D