Hello Merpaties! Welcome to my simple blog. Do follow and keep update with merpati putih. Thankyou my love :D #for nice review open with google chome.

After 7 Years and I'm Back !

 


ASSALAMUALAIKUM

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tengah bulan July, 2023. Last post aku pada May, 2016. 7 tahun berlalu, macam macam yang dah aku lalui dan macam macam yang dah terjadi. Datang dan pergi begitu sahaja. Pahit Manis kenangan yang banyak, sudah tercipta.

As we all know, 2019-2021 have been the worst years ever. Tahun di mana satu dunia dilanda musibah. Covid-19 disebut sebut serata dunia dan memenuhi ruang udara. Ramai yang menjadi mangsa, ramai yang terkorban dan ramai juga yang kehilangan punca pendapatan. But now alhamdulillah, everything back to normal. not 100% but at least better than last 2 years.

"Struggle is Real". Yup! Semua orang struggle untuk menjalani kehidupan hari ini. Walaupun setiap orang lain ujiannya tapi aku yakin semua orang struggle untuk dapatkan kehidupan yang lebih bagus dari sebelum ni. Bezanya tunjuk dan tak tunjuk. Nampak dan tak nampak dan semua berharap untuk berjaya sampai kepuncak.

Aku? Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Pelbagai dugaan yang datang menguji kesabaran dan kesungguhan untuk terus kedepan. kadang kadang penat dengan kehidupan sendiri, kadang kadang rasa nak lari. kadang kadang rasa macam "Kenapa aku". Tapi itu lah kehidupan. Allah takkan uji hambanya lebih dari kemampuan mereka. Berkat kesabaran, Alhamdulillah Allah hantarkan seorang hambanya persis malaikat untuk bantu aku lalui hari hariku. Kehadirannya memberi sinar yang baru dalam hidup. Kalau dulu aku selalu rasa keseorangan. Tapi sekarang tidak. Kalau dulu semua aku buat sendiri, tapi sekarang tidak. Kalau dulu semuanya ku pendam sendiri tapi sekarang sudah ada tempat untuk berkongsi. Kehadirannya dah banyak mengubah hidup aku. Dalam tak sedar, dah 7 bulan dia ada dengan aku dan aku harap akan terus bersamaku. Selamanya.

 "New day, new life, new goals." - ini yang hari hari aku cuba terapkan dalam diri aku. Ada hari yang aku rasa teruk sangat but aku cuba untuk buang semua tu dan baikinya pada hari esok. Ada benda yang kita boleh bawa kedepan dan ada benda yang kita terpaksa tinggal dan hanya toleh kebelakang untuk dijadikan pengajaran. So, stay positif sebab semua yang berlaku ada hikmahnya. Jangan pernah menyalahkan takdir! Jangan pernah menyalahkan sesiapa! Be strong and keep that way! Orang putih kata "Everything happens for a reason". Bersabarlah dan pesan pada diri, tuhan uji sebab sayang. Tuhan uji sebab dia nak kau jadi lebih kuat. Stay positif! Kalau bukan kau yang percaya dengan diri kau, no one will! Ingat tu dan tanam elok elok dalam diri.

I know you can do it!







THANKS FOR READING GUYS :D

No comments :