Hello Merpaties! Welcome to my simple blog. Do follow and keep update with merpati putih. Thankyou my love :D #for nice review open with google chome.

PENGENALAN : APA ITU FOREX TRADING?

ASSALAMUALAIKUM


Welcome to our very first class. So taknak cakap banyak. Apa itu Forex? Forex atau dikenali sebagai Foreign Exchange atau dalam bahasa yang mudah difahami, kita panggil sebagai pertukaran mata wang asing. Trading ni apa? Trading ni pula adalah satu aktiviti perniagaan. So apa itu Forex Trading? Forex Trading ni adalah satu aktiviti perniagaan jual beli mata wang asing. Maksudnya kita berdagang untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

Tak faham lagi? Okay contohnya macam kita pergi money changer, nak tukar myr ke usd. so mengikut rate 13 julai 23, kita perlukan 4.59myr untuk dapatkan 1usd. so if kita nak tukar 100usd, kita kena bayar dekat money changer tu 459myr. Betul? So, andai kata bulan depan nilai USD semakin naik. mungkin dari 4.59 myr ke 4.80myr per Usd. So, if korang nak tukar matawang usd ke myr pada masa tu, contoh 100usd ke myr, so berapa korang akan untung? 21myr korang untung.

So, memandangkan zaman sekarang semuanya nak cepat, aktiviti itu dilakukan secara online. Korang boleh buy dan sell sendiri secara online menggunakan platform trading, dimana korang boleh tengok sendiri naik turun harga matawang yang korang nak perdagangkan. So caranya, korang perlu masukkan duit sebagai modal. Ada button "BUY" dan "SELL" untuk korang berdagang. So, gunakan modal korang tu untuk masuk(entry) dan keluar(Exit/close) dari pasaran mengikut teknikal dan fundamental analisis yang korang dah buat.

Pasaran Forex ini dibuka 5 hari semingu dan 24 jam sehari. Bermula 5 pagi hari isnin  dan berakhir pada 5 pagi hari sabtu. (tengok atas broker, ada yang 5 pagi ada yang 6 pagi) so, korang bebas untuk trade bila bila masa.

Tapi korang kena tanam siap siap dalam kepala otak bahawasanya forex trading ini adalah satu pelaburan yang sangat sangat berisiko. Kena selalu beringat, modal yang korang nak laburkan tu adalah duit extra dan bukannya duit terakhir korang. Always remind yourself, Do not invest money you cannot afford to lose!

Macam mana nak start trading dan apa yang korang perlu sediakan before start? See you guy in the next post . Thank you 




THANKS FOR READING GUYS :D

No comments :